KUALA PILAH – Istiadat Kerjan dimulakan secara rasmi semalam, sekaligus melengkapkan pengisytiharan Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah, sebagai Undang Luak Johol ke-15.
Istiadat akan berlangsung selama lima hari, dimulakan dengan Mandi Berlangir di Perigi Godang di Kampung Bukit Istana, Air Mawang, dekat sini pagi semalam.
Adat ini sebagai simbolik membersihkan jasmani dan rohani Muhammed sebagai Undang Luak Johol yang baharu.
Usai bersiram, Muhammed diiringi oleh Datuk Jenang dan Buapak Yang Enam Luak Johol berangkat ke Makam Gobah bagi upacara Menaikkan Daulat dan mengadakan majlis tahlil ringkas.
Adat Menaikkan Daulat di Makam Gobah, iaitu gelaran kepada Undang Luak Johol ke-6, Datuk Abu Bakar (1820-1840) yang dikatakan berdaulat dan mempunyai ilmu luar biasa, bertujuan menyuntik elemen kesaktian ke dalam diri Muhammed.
Majlis diteruskan dengan perarakan menaiki kereta kuda sejauh satu kilometer, bertemu penduduk sekitar Kampung Tanggai, dekat sini.
Kerjan pada sebelah petang bermula dengan istiadat menjunjung kasih dan ikrar taat setia oleh Datuk Adat, Ibu Waris dan Ibu Soko serta pembesar lain di Luak Johol, ketua-ketua jabatan dan ADUN Johol di kediaman rasmi Datuk Undang di Kampung Tangai dekat sini.
Muhammed, 50, yang sebelum ini adalah Baginda Tan Mas (Timbalan Undang Luak Johol), dimasyhurkan sebagai Undang Luak Johol menggantikan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani yang dilucutkan jawatan pada 27 Mac tahun lalu kerana didakwa melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat.
Pelantikan Muhammed disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 7 Okt tahun lalu sebelum menghadiri Istiadat Menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menyempurnakan pelantikannya pada 15 Dis 2016.
Undang Luak Johol adalah satu daripada lima jawatan kebesaran Negeri Sembilan yang utama.
Kira-kira 500 penduduk Johol turut sama memeriahkan Istiadat Kerjan, semalam.
Sementara itu, seorang penduduk di sini, Mohd Zahari Bahaman, 52, berasa teruja menyaksikan Istiadat Kerjan, sebagai tanda mendapat datuk undang baharu.
“Istiadat Kerjan kali ini sungguh meriah. Saya berharap dengan pelantikan datuk undang baharu ini, kehidupan rakyat Johol bertambah sejahtera,” katanya. – BERNAMA