KUALA LUMPUR – Bekerja mengerah kudrat di pelabuhan selama sembilan bulan tanpa gaji, 12 orang etnik Rohingya kemudiannya dihalau dari asrama pekerja apabila mereka bertanyakan gaji masing-masing.
Mereka hanya diberikan wang saku yang sangat sedikit sebagai ‘pinjaman’ sepanjang tempoh itu atas alasan gaji akan diberikan kemudian.
Itu adalah satu daripada pelbagai kes yang pernah ditangani oleh Majlis Ulama Rohingya (MUR) Malaysia, kata Bendaharinya Abdu Sattar Abdu Gaffar.
Menurut beliau, pernah dua orang Rohingya datang ke pejabat MUR di Taman Suria Setapak di sini dan merayu agar diberi pekerjaan setelah bekerja dalam sector perladangan di Pahang selama beberapa bulan, namun akhirnya tidak dibayar upah bekerja malah dihalau oleh majikan.
“Majikan asyik suruh kerja dulu. Tapi bila minta duit mereka kena marah dan halau. Ada yang cabar suruh pekerja Rohingya lapor kepada pihak berkuasa jika berani. Jadi pada siapa mereka nak lapor? Mereka kerja secara haram di negara ini,” katanya kepada Bernama.
MUR berharap penipuan seumpama itu dapat dibendung berikutan keputusan kerajaan membenarkan pelarian Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) bekerja secara sah di negara ini di bawah Projek Perintis Kebenaran Bekerja mulai 1 Mac baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Abdu Sattar berkata, MUR hanya mampu membantu sedikit sebanyak demi kelangsungan hidup mangsa-mangsa penipuan itu untuk sementara, memandangkan pertubuhan itu juga bergerak dengan ihsan pihak lain.
MUR menerima sumbangan daripada individu rakyat Malaysia dan kalangan etnik Rohingya di negara ini melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Selain menganjurkan kelas-kelas pendidikan untuk kanak-kanak dan mewujudkan madrasah, MUR membantu pelbagai urusan kebajikan etnik Rohingya di negara ini.
“Tapi ramai juga rakyat Malaysia… Melayu, Cina atau India yang bukan sahaja melayan pekerja Rohingya dengan baik malah anggap macam saudara sendiri,” kata Abdu Sattar.
AMBIL KESEMPATAN
Ibarat ‘Serampang dua mata’, projek perintis itu dilihat pelbagai pihak sebagai usaha membela nasib pelarian Rohingya sekali gus mengurangkan kebergantungan membawa pekerja asing ke negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan projek perintis itu pada Mac lepas berkata 300 orang etnik Rohingya yang melepasi saringan keselamatan dan kesihatan dibenarkan bekerja mulai 1 Mac, dan jumlah itu akan ditambah secara berperingkat-peringkat.
Terdapat 133,517 pelarian Myanmar yang memegang kad UNHCR setakat 31 Dis lepas dan 55,565 daripadanya adalah etnik Rohingya.
Mereka yang lulus saringan akan ditempatkan di syarikat-syarikat perladangan dan perkilangan bagi mendapatkan kemahiran dan sumber kewangan untuk membina kehidupan sebelum ditempatkan di negara ketiga.
Mengalu-alukan keputusan kerajaan memperkenalkan projek perintis itu, Pengerusi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia(Muslim Aid), Habsah Marjuni berkata dengan adanya kebenaran rasmi, sewajarnya nasib etnik Rohingya yang tinggal sementara di negara ini akan lebih terbela.
“Janganlah hanya kerana status pelarian, maka akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menindas mereka,” tegas beliau sambil menambah bahawa banyak pihak telah bertahun-tahun memperjuangkan agar pelarian Rohingya dibenarkan bekerja secara sah di negara ini.
Beliau berharap syarikat-syarikat yang mengambil etnik Rohingya bekerja akan melayan dan menggaji para pekerja baharu itu sepertimana pekerja-pekerja lain.
Habsah percaya majikan-majikan yang banyak bergantung kepada tenaga kerja asing menyambut baik dan berasa lega berikutan usaha kerajaan memperkenalkan projek perintis itu.
“Kini majikan tidak perlu lagi bawa masuk pekerja asing yang mana melibatkan kos yang tinggi keseluruhannya,” tambah beliau.
Bagaimanapun, Habsah berharap pihak majikan memberikan latihan terlebih dahulu agar mereka yang diambil bekerja akan lebih bersedia demi kelancaran pekerjaan kelak.
“Bukanlah mereka tidak pernah bekerja tetapi sekadar menjadi buruh kasar melakukan kerja-kerja mengecat, memperbaiki rumah, memotong rumput, mencuci kereta, mengutip pelbagai bahan buangan dan seumpamanya.
“Sebelum ini mereka bekerja secara haram atau bekerja sendiri dengan upah yang sangat sedikit,” tambah beliau.
BUTA HURUF
Menurut Habsah, sejak dahulu lagi pihaknya telah menerima pertanyaan dan permintaan mahu mengambil pelarian Rohingya untuk bekerja termasuk dalam kalangan wanita sebagai pembantu rumah.
“Kami akur bahawa pelarian tidak dibenarkan bekerja di negara ini, jadi kami cuba membantu mereka dengan cara lain,” katanya sambil menambah bahawa selain memberi pendidikan kepada kanak-kanak, Muslim Aid dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain, masing-masing turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk golongan dewasa merangkumi aspek bahasa, budaya, keagamaan dan kemahiran hidup.
“Terdapat beberapa kekangan untuk mengambil Rohingya bekerja memandangkan mereka terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam selain kebanyakannya buta huruf terutamanya wanita,” jelas beliau sambil menyambung bahawa perbezaan budaya dan bahasa juga menjadi faktor penting dalam usaha membela nasib pelarian Rohingya.
Namun tambah beliau, masalah-masalah itu dapat di atasi di kalangan pelarian yang telah lama berada di negara ini dan sudah menyesuaikan diri dangan bahasa dan budaya rakyat negara ini.
“Projek perintis ini adalah satu permulaan yang baik. Saya harap lebih ramai daripada puluhan ribu etnik Rohingya di negara ini akan diambil bekerja.
Pertahankanlah hak dan kebajikan mereka,” tegas beliau.
Habsah juga berharap kedua-dua pihak, sektor kerajaan dan swasta sedar betapa pentingnya projek perintis itu dan bahawa ia berdaya maju tetapi perlu diingat, latihan sebelum bekerja adalah amat penting.
LUMPUH TANPA BURUH KASAR
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pekebun-pekebun Melayu Cameron Highlands, Khairani Mohamed berkata projek perintis itu bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh kasar sekali gus mengurangkan
pengambilan masuk pekerja asing.
“Malah jika segalanya lancar, kita tidak perlu lagi membawa masuk pekerja asing terutamanya sektor perladangan yang sememangnya bergantung kepada tenaga mereka untuk kerja-kerja tahap 1 dan 2 iaitu merumput, mencangkul dan mengangkat baja.
“Sahkan etnik Rohingya dengan menukarkan kad UNHCR itu kepada kad ekerja sepertimana dimiliki pekerja asing,” katanya sambil mengakui bahawa sektor perladangan sama ada sayur-sayuran, buah-buahan mahupun bunga-bungaan akan lumpuh tanpa pekerja asing dan kini etnik Rohingya dapat mengisi keperluan itu.
Menurut beliau, pekerja-pekerja asing kini semakin ‘demanding’ atas pelbagai alasan. Antaranya memberi alasan duit Malaysia kecil, sudah lama bekerja malah ada yang ingin kerja ‘part time’ sahaja.
Lebih buruk lagi, mereka sering menimbulkan masalah terutamanya setiap tibanya hari gaji kerana kebanyakan mereka akan ‘enjoy’ dan mabuk yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.
Khairani berharap masalah seumpama itu tidak akan timbul memandangkan etnik Rohingya beragama Islam dan tidak sepatutnya terlibat dengan aktiviti seumpama itu.
Selama ini tambah beliau, para pengusaha ladang di Cameron Highlands sememangnya mahu mengambil Rohingya bekerja tetapi disebabkan pemegang kad UNHCR tidak dibenarkan bekerja di negara ini, mereka pun mengetepikan hasrat itu.
“Mengambil pelarian Rohingya bekerja bukan sahaja sekadar menolong dari segi kemanusiaan malah memenuhi tuntutan agama.
“Kami akan terima pekerja walaupun tanpa pengalaman kerana kesemua pekerja memang dilatih terlebih dahulu, begitu juga pekerja asing lain yang bekerja sebelum ini,” jelas beliau yang juga pemilik ladang KHM Strawberries & Jam.
Menurut Khairani, kebanyakan ladang menyediakan tempat tinggal untuk para pekerja malah sesetengahnya untuk yang berkeluarga juga.
“Bagi saya, lebih baik mereka bersama keluarga. Kerja mereka akan lebih stabil kerana tidak perlu selalu berulang-alik untuk bertemu keluarga atau keluar merayau-rayau di luar waktu kerja,” tambah beliau.
Beliau berharap orang ramai tidak gusar kerana pelarian Rohingya akan hanya mengisi pekerjaan yang ditolak oleh rakyat tempatan, walaupun sentiasa ada
kekosongan.
MURAH DAN CEKAP
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Muhamed Yakub pula berkata apabila pelarian Rohingya boleh bekerja secara sah, mereka dapat menyumbang kepada ekonomi negara ini sementara menunggu penempatan semula di negara lain.
”Sejak sekian lama kos menampung pelarian turut ditanggung oleh kerajaan umpamanya soal kesihatan, selain memberi perlindungan di negara ini, saya rasa bukanlah suatu kesalahan jika membenarkan mereka bekerja di sini.
“Lebih-lebih lagi, kita kekurangan tenaga pekerja dalam sektor tertentu. Mengambil etnik Rohingya bekerja adalah satu langkah baik kerana ia lebih murah dan efisien berbanding membawa masuk pekerja asing,” katanya.
Selain perladangan dan perkilangan, Presma ingin menarik perhatian kerajaan akan keperluan dalam bidang penyajian makanan dan berharap dibenarkan mengambil etnik Rohingya untuk bekerja di restoran-restoran yang hakikatnya, turut bergantung kepada tenaga asing.
Apa yang penting, tegas beliau, pihak majikan harus mengikut garis panduan pekerja asing dengan gaji dan struktur bekerja mestilah selaras.
”Kita harus layan dengan baik dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka. Cukuplah mereka menjadi mangsa kekejaman di negara sendiri. Etnik Rohingya adalah mangsa tanpa negara. Walaupun mereka kata dari Rakhine, Myanmar, sejarah menyatakan mereka berasal dari Bangladesh. Kita sesama manusia harus memberi bantuan dan peluang (kehidupan) kepada mereka,” tambah beliau. – BERNAMA