NAMPAKNYA rezeki tidak putus-putus buat penyanyi, Siti Nordiana. jika sebelum ini dia mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, kali ini ditawarkan pula menjadi pengacara program Gema Gegar Vaganza (GGV).
Sebuah portal hiburan melaporkan, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu akan bergandingan dengan Achey dan Fikry Lawak Solo sebagai pengacara bersama.
Wanita yang lebih mesra disapa sebagai Nana ini mengakui bidang pengacaraan adalah perkara baru dalam hidupnya dan menjadikan perkara tersebut sebagai cabaran.
“Ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai pengacara. Pada awalnya, saya agak gementar untuk menerima tawaran ini tetapi selepas meneliti semula, saya fikir apa salahnya untuk saya mencuba.
“Tentunya pihak produksi melihat sesuatu yang berbeza dalam diri saya dan saya menyahut cabaran yang diberikan,” katanya.
Jelasnya, sebagai persediaan menjadi hos program tersebut, dia mendapatkan nasihat daripada Jihan Muse yang pernah mengacarakan program Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad sebelum ini.
Menurutnya, kehadiran Acey dan Fikry menambahkan lagi keyakinanya untuk mengacarakan program realiti tersebut.
Jelasnya lagi, GGV juga menjadi satu landasan dakwah baginya kerana program tersebut bakal disiarkan di Astro Oasis dan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan juga merupakan lagu-lagu bersifat Islamik dan ketuhanan
GGV merupakan program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti televisyen terbaru yang bakal bersiaran di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 8 April ini pada jam 9.00 malam. –Kedahnews.com