ALOR SETAR - Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bertindak membidas kenyataan Lim Kit Siang bahawa Penasihat DAP itu lebih baik menjaga parti sendiri dan fikir mengenai masa depan partinya sahaja.
Menurutnya lagi, DAP sejak kebelakangan ini dilihat semakin bankrap idea apabila sering melemparkan tomahan yang tidak berasas terhadap PAS, namun hakikatnya pemimpin mereka sendiri yang keluar parti.
“Mereka lupa bahawa dalam keadaan mereka menuduh pas dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba pemimpin mereka sendiri yang melompat keluar daripada parti dan sebagainya.
“Sebagai pemimpin ‘lama’, saya nasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang fikir tentang masa depan parti sendiri, tidak perlu menabur pelbagai dakwaan yang akhirnya merugikan semua pihak,” katanya memetik Sinar Harian.
Justeru itu, Ahmad Fadhli berkata tindakan DAP yang ‘pusing cerita’ tentang zaman pemerintahan PAS sekitar era Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berbeza dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menggambarkan DAP kini gelabah dan tidak dapat tidur lena dengan keadaan politik semasa.
“Lim Kit Siang berkata, PAS pada zaman Tuan Guru Haji Hadi sudah berbeza dengan PAS di zaman Tuan Guru Nik Aziz, dalilnya apabila ada ‘akar umbi’ PAS yang mengadakan demonstrasi mengangkat sepanduk mengecam pimpinan DAP dan beberapa pimpinan parti yang lain.
“Siapa ‘akar umbi’ PAS itu? Jika PAS ingin mengerahkan penyokongnya, lihat sahajalah Himpunan RUU 355. Melabel demonstrasi sekecil itu yang entah dari mana datangnya sebagai mewakili PAS, adalah satu kenyataan bankrap idea,” katanya.
Terdahulu, Kit Siang bertindak melakukan perbezaan diantara zaman PAS ketika berada di bawah pemerintahan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Aziz dan zaman Hadi Awang.-Kedahnews.com