Janin Bayi Lelaki Ditemui Dalam Loji Kumbahan Di Batu Maung


GEORGE TOWN – Janin seorang bayi lelaki ditemukan dalam Loji Indah Water di Batu Maung, dekat sini, hari ini.

Janin yang cukup sifat itu ditemui tersangkut pada perangkap sampah dalam loji kumbahan itu oleh seorang pekerja Indah Water pada pukul 12.15 tengah hari ini, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Anuar Omar.

“Janin itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang,” katanya di sini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA