PELAKON terkenal Andy Lau yang sedang berehat akibat kemalangan menunggang kuda kini menjadi perbualan hangat masyarakat seluruh dunia.
Bintang Hong Kong mendapat perhatian bukan hanya kerana kemalangan yang dihadapinya sebaliknya gara-gara wang pampasan yang diterima sebanyak RM45.73 juta dari pihak insuran.
Pada 17 Januari lalu, Andy mengalami kecederaan setelah tercampak dari kuda yang ditunggangnya sebelum dipijak haiwan terbabit ketika menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand.
Berikutan itu, Andy yang tidak dapat bekerja dibayar RM195,000 sehari berdasarkan 51 hari dia dimasukkan ke hospital dan tempoh enam bulan diperlukan untuk dia pulih sepenuhnya, lapor Tonggle.com.
Akibat kemalangan itu, Andy, 55, dilaporkan mengalami patah tulang belakang dan tulang pelvisnya mengalami keretakan.
Dia yang sebelum ini dirawat di hospital di Thailand telah pun diterbangkan ke Hong Kong.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana kuda ditunggang Andy tiba-tiba hilang kawalan. –Kedahnews.com