LONDON – Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir berlian di dalam telur rebus yang dimakannya.
Sally Thomson, 39, mengalami kejadian itu selepas merebus enam biji telur untuk sarapannya.
Dia merasakan sesuatu di dalam mulutnya apabila memakan sebiji telur berkenaan dan terperanjat apabila mendapati ia berlian.
Sally berkata, yang lebih menghairankannya ialah kejadian itu berlaku secara kebetulan ketika dia akan melangsung perkahwinannya Mei depan.
Pakar berkata, berlian itu kemungkinan dimakan oleh ayam dan kemudian berpindah ke dalam telur.
Wanita yang berasal dari Carlisle itu berkata: “Saya cuba menurunkan berat badan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan memakan telur sahaja selama beberapa hari.
“Saya merebus enam biji dan memakan satu daripadanya apabila merasakan sesuatu yang keras di dalam mulut. Saya mengeluarkannya di atas pinggan dan terkejut kerana ia berkilauan sebelum dapat mengesahkan sendiri ia berlian.
“Saya begitu pasti ia dari telur yang saya makan,” katanya.
Sally menyifatkan penemuan itu yang berlaku menjelang hari perkahwinnanya sebagai di luar dugaan.
“Saya memang percayakan dengan tahyul. Saya percaya ada sesuatu di sebalik segala yang berlaku. Tetapi saya tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di sebalik penemuan berlian ini,” katanya. – Agensi