ALOR SETAR - Dalam perjuangan menentang kebejatan fahaman Syi'ah di negara ini, Pertubuhan Kebajikan Asatizah Kebangsaan (PASAK) sering berdepan dengan maki hamun dan pelbagai ugutan dari kalangan pengikut fahaman songsang itu.
Presiden PASAK, Mohd Khalil Munawwar Ahmad Masduqi berkata, ia merupakan beberapa ujian yang harus diharungi oleh pendokong fahaman Sunnah Wal Jama'ah, khususnya bagi mereka yang memerangi penularan fahaman yang diasaskan Abdullah bin Ubai itu.
"Ada yang maki kami dengan kata-kata kesat, ada pula yang sampai ke tahap mengugut.
"Saya dah biasa dengan segala caci maki yang dihamburkan. Bukan saya saja yang pernah kena, malah ramai lagi sahabat-sahabat seperjuangan saya yang dimaki hamun dalam usaha memerangi Syi'ah di negara kita.
"Mursyidul Am PASAK, Ustaz Abdullah Din misalnya bukan saja selalu terima mesej maki hamun, malah pernah seorang wanita Syi'ah yang telefon beliau ajak bermut'ah sebelum dicaci dengan kata-kata yang kurang enak," katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.
Mohd Khalil turut memberikan contoh "print screen" makian dari salah seorang yang dikenal pasti berfahaman Syiah setelah gagal berhujah secara ilmiah berhubung kesesatan fahaman Syi'ah yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu.
"Hang memang bab* la kalil woiiii.
"Memang mulut har*m jad*h anak har*mmmmm.
"Hang ingat hari-hari hang kutuk Syiah tu hang menang ka woiii.
"Salahuddin Ayyubi pun takleh lawan la Syiah, inikan pulak hang bod*hhhh
"Mampoihhhhhh laaa woiii," tulis penganut Syi'ah tersebut kepada Khalil menerusi aplikasi Whatsapp yang beliau terima.
PASAK merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan secara khusus bagi menangani pemesongan akidah akibat fahaman Syiah dan memerangi penyebaran fahaman tersebut yang semakin berleluasa di beberapa negeri di negara ini.
Difahamkan bahawa fahaman tersebut antaranya menawarkan "nikah mut'ah" sebagai salah satu daya penarik untuk mempedaya umat Islam di negara ini supaya menganut fahaman Syi'ah.
Selain Kedah, turut dikatakan fahaman itu tersebar secara tersembunyi di beberapa negeri lain seperti Perak, Selangor dan beberapa institusi pengajiang tinggi di negara ini.
Untuk kuliah, seminar dan program anti-syiah seluruh Kedah di premis atau jabatan anda, boleh hubungi PASAK di talian 019-255 2939 (Mohd Khalil). -Kedahnews.com