PAS ditipu kes RUU 355? Tetapi Kenapa RUU 355 masih belum berhenti?
Heboh dimainkan PAS ditipu oleh UMNO dalam isu RUU 355. Pastinya yang begitu menyanyikan omong omong ini adalah dari parti serpihan dan juga mereka yang anti dengan Syariat. Tetapi pelik pula dalam isu Akta 164 yang dipinda sehingga menimbulkan kecelaruan dalam keluarga muallaf, mereka tidak pulak rasa tertipu dengan UMNO dan golongan liberal dalam Kerajaan? atau mereka sudah dijinak oleh golongan Liberal atau makan dedak tuan tuan yang membiayai kumpulan liberal yang ada.
PAS tidak pernah yakin UMNO akan bawa melalui Kerajaan. Tetapi PAS menerima tawaran untuk usaha RUU 355 ini diusahakan bersama melalui jawatankuasa G2G antara Kelantan dan Kerajaan Persekutuan. Malah, PAS melalui Presiden yang menjadi MP Marang, menggunakan ruang kuasa yang dengan bil persendiriaan, menggunakan ruang untuk perjuangan pindaan Akta 355 mendapat perhatian meluas untuk memperkasakan mahkamah Syariah. PAS tidak pernah rugi, kerana PAS bukan kerajaan Pusat. Malah, sekira gagal sekalipun seperti sebelum ini, yang langsung tak dibenarkan baca, akhirnya bermula tahun lepas, usul persendirian ini dapat dibaca. Ini kerana UMNO tidak lagi dapat menutup janji yang pernah dibuat oleh menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Baharom.
Kenapa dipropagandakan PAS Tertipu?
Musuh politik yang dengki melihat perkembangan PAS cuba membentuk persepsi bahawa PAS telah salah perkiraan langkah. Namun mereka lupa, kalau tertipu, pastinya gagal terus untuk dibawa ke hadapan. Mereka mahu menutup pakatan belakang mereka seperti Pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang tidak berhenti menyeru kepada Pemimpin Bukan ISLAM dalam BN menolak usul RUU 355. Ternyata seruan Lim Kit Siang ini diterima pemimpin bukan ISLAM BN dari MCA, GERAKAN, MIC , Sabah dan Serawak. Lantas, bukti jelas, bahawa seruan kepada Umat ISLAM di seluruh Malaysia bahawa ISLAM yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan dan telah diberi ruang dalam Akta 355 yang telah wujud sejak 1965 cuba diganggu gugat dengan alasan alasan tak munasabah melainkan difahami sebagai ANTI ISLAM.
Lantas, adakah yang mengejek dan memerli ini, mengikut telunjuk DAP seperti Lim Kit Siang? Yang cuba mengekalkan undi bukan Islam terutama undi cina kepada DAP?
Bil Persendirian yang dibawa TG Hj. Hadi Terbukti Penyelesaian Terbaik PAS Untuk Terus Membawa ke Depan.
Sewaktu RUU ini dibawa dalam May 2015, bekas bekas pemimpin PAS yang akhirnya berkampung dalam PAN, sentiasa mendakwa bahawa RUU ini perlu dibawa oleh UMNO/BN.
Kononnya itulah tanggungjawab kerajaan. Namun kebodohan bila sanggup memberi kepercayaan kepada UMNO/BN membuat pindaan. Kalau ikut cadangan mereka sejak 2015 apakah RUU 355 boleh dibawa sampai ke tahap ini. Tahap yang boleh menyatukan Umat ISLAM dengan kepentingan Syariat ISLAM dan orang ISLAM.
Kemudian, tatkala Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pada 18 Mac di Kuala Terengganu bahawa Kerajaan akan mengambil alih usul pindaan ini, Mereka bersorak bahawa inilah cadangan mereka terdahulu. Namun apabila BN menolak selepas mesyuarat MT BN, mereka pula melaungkan PAS telah ditipu?
Apakah mereka ini tidak sedar, itulah cadangan mereka dahulu? Kalau PAS ikut mereka, sejak awal awal lagi perjuangan memperkasakan mahkamah Syariah tidak ke mana.
Lawan Politik Bimbang Dengan Perkembangan Pesat Reputasi PAS menjelang PRU14.
Apa yang berlaku ini, memberi satu kesempatan kepada PAS untuk terus mempunyai kekuatan dan suara dalam membawa ISLAM tanpa takut pengaruh penghalang yang lain, Berbeza dengan UMNO, yang tak mampu menundukkan suara suara Bukan ISLAM dari MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak dan juga golongan Liberal dalam UMNO yang tak mahu AKTA 355 ini diperkasakan kepada had yang selari dengan Syariat ISLAM. PAS menjadi satu satunya PARTI ISLAM yang tak dapat dipengaruhi oleh orang lain. Maka, semestinya jika umat Islam memikirkan tentang maruah dan kebajikan Umat ISLAM yang tidak menzalimi orang lain, PAS adalah satu satunya pilihan yang ada.
KESIMPULAN
Kemajuan PAS dalam tempoh akhir akhir ini akan terus dicemburui, PAS tidak tertipu malah PAS sudah sedar selok belok ini daripada awal. Menggunakan kefahaman tipudaya dan sikap pemain POlitik yang ada, PAS mampu mengolah suasana yang akan berlaku akan tetap memberi manfaat kepada ISLAM dan kepada PAS sebagai pembawa Obor Obor ISLAM tatkala yang lain menjadi pengecut dan tidak berdaya. Kita harus bersyukur atas nikmat ini,
Ahmad Hakimi Othman,
Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS,
30 Mac 2017. - Kedahnews.com