KESAN luka yang dialami oleh mangsa dipercayai akibat dirotan oleh guru tuisyennya. |
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki dari Taman Perling di sini, didakwa didera oleh guru tuisyennya yang merotan dan menyimbah mangsa dengan air panas.
Beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan luka mula tular dalam laman sosial Facebook selepas abang mangsa memuat naik gambar tersebut selain meminta jawapan daripada pusat tuisyen yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah di Skudai.
Abang mangsa yang hanya dikenali sebagai Lim berkata, adiknya melarikan diri dari rumah guru tuisyen ke rumah jiran selepas dirotan dan disimbah air panas.
Satu laporan polis turut dibuat di balai polis Johor Bahru Tengah pada Ahad.
Tinjauan The Star ke pusat tuisyen tersebut mendapati guru berkenaan gagal ditemukan untuk mengulas tentang dakwaan itu.
Sumber: mStar