KUALA LUMPUR – Pegangan 50 peratus syarikat minyak Arab Saudi (Saudi Aramco) dalam perniagaan dan aset terpilih dalam projek hiliran Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka akan mengurangkan beban perbelanjaan modal Petronas, kata Fitch Ratings.
Dalam satu kenyatan hari ini, agensi penarafan itu berkata, tidak akan wujud kesan segera ke atas penarafan PetRonas, yang terus dikekang oleh agensi penarafan (A-/Stabil).
Petronas dimiliki kerajaan Malaysia sepenuhnya dengan mempunyai pengaruh penting ke atas operasi dan dasar kewangan syarikat minyak tersebut.
Fitch berkata, transaksi dengan syarikat minyak Arab Saudi itu, jika selesai, akan membantu mengurangkan keperluan capex Petronas pada ketika penjanaan aliran tunai operasi syarikat itu menerima tekanan daripada harga minyak yang lemah.
Ia menjangka pelaburan dalam projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) bernilai US$16 bilion (US$1 = RM4.45) merupakan satu kenaikan mendadak capex Petronas sehingga 2019.
“Projek tersebut mengandungi kilang penapisan dengan kapasiti 300,000 tong minyak sehari, loji perekah nafta dan kemudahan petrokimia lain dengan gabungan kapasiti pengeluaran tiga juta tan metrik produk etilena, propylena dan olefin setahun,” katanya.
Fitch berkata, pentauliahan kilang penapisan itu disasarkan pada wal 2019 dengan loji petrokimia berkaitan secara berperingkat-peringkat.
“Kemudahan lain berkaitan projek RAPID yang meliputi bekalan elektrik dan air serta terminal import gas asli cecair dan terminal regasifikasi akan memerlukan tambahan capex US$11 bilion,” katanya.
Menurutnya, selain pegangan 50 peratus, Saudi Aramco juga akan membekalkan sehingga 70 peratus keperluan bahan suapan mentah kilang penapisan itu manakala gas, tenaga dan utiliti akan dibekalkan Petronas.
Apabila siap, RAPID akan meningkatkan kapasiti penapisan dan petrokimia sekitar 50 peratus di samping memperbanyakkan produk syarikat tersebut, terutama kimia khusus.
Petronas, yang terus mengekalkan profil kredit yang kukuh ‘AA-‘, sudah pun mengumumkan pelbagai langkah pada 2016 bagi mengekal aliran tunainya.
Menurutnya, ini termasuk pemotongan capex dan perbelanjaan operasi sehingga 2020 sebanyak RM50 bilion serta dividen lebih rendah RM13 bilion pada 2017 berbanding RM16 bilion tahun lepas.
“Fleksibiliti kewangan syarikat kekal kukuh walaupun capex jangka sederhana dan pembayaran dividen yang tinggi,” katanya. – BERNAMA