MALAYSIA kini berada di kedudukan negara ke-8 paling kurang membazir dalam perbelanjaan kerajaan di kalangan 136 negara dalam dunia, kata laporan sebuah kajian bebas ekonomi negara dunia, World Economic Forum (WEF).
Memetik laporan yayasan bebas pengaruh luaran yang berpengkalan di Geneva itu, kajian yang dijalankan adalah berdasarkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan dan mendapati kerajaan Malaysia antara yang paling kurang membazir di kalangan masyarakat awam.
Meskipun terdapat beberapa sudut perbelanjaan yang dikritik di dalam laporan audit negara, fakta kedudukan indeks bagi Malaysia itu dijangka merupakan bukti kukuh mengenai dakwaan tanpa bukti kukuh dan persepsi tidak benar mengenai corak perbelanjaan kerajaan di negara ini.
Di peringkat Asia Tenggara, Malaysia bagaimana pun berada di tangga kedua berbanding Singapura yang berada di kedudukan ketiga dari keseluruhan 136 negara tersenarai.
Qatar merupakan negara yang dikenal pasti paling kurang membazir di dunia, diikuti oleh United Arab Emirates, Singapura, Rwanda, New Zealand, Oman, Czech Republic dan dikuti kemudiannya oleh Malaysia.
Sementara itu, negara-negara Asia Tenggara lain yang turut tersenarai adalah Indonesia pada kedudukan ke-30, Filipina ke-61 dan Vietnam pada kedudukan tangga ke-82.
Amerika Syarikat pula berada pada kedudukan tangga ke-74, United Kingdom pada tangga ke-34, Jepun pada tangga ke-22 dan negara tembol besar China pada kedudukan tangga ke-22 senarai keseluruhan.
Venezuela, Lubnan, Argentina, Bosnia Herzegovina dan Yemen pula pada kedudukan paling corot sebagai negara yang dikenal pasti menghadapi masalah pembaziran perbelanjaan kerajaan. -Kedahnews.com