SUSULAN kes sepasangan suami isteri ditangkap khalwat pada bulan lepas meskipun mempunyai sijil perkahwinan, seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Hairul Nizan Mhd Idris dari Jabatan Pendakwahan JAIS Cawangan Hulu Langat berkata kebanyakan tangkapan yang dilakukan berpunca apabila si suami tidak dapat memberikan keterangan yang kukuh bahawa wanita bersamanya adalah isterinya.
“Kebanyakan masa, suami tidak dapat memberikan bukti kerana pasangan itu berkahwin di Thailand atau Indonesia.
“Hanya menyediakan dokumen bahawa perkahwinan itu telah diadakan di luar negara tidak mencukupi.
“Mereka perlu menyediakan dokumen sokongan yang menunjukkan perkahwinan itu diiktirafkan di Malaysia,” katanya yang memetik laporan FMT.
Menurutnya, serbuan yang dilakukan Jawi adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya akan melakukan serbuah jika mendapat aduan daripada orang ramai.
“Proses seumpama itu diamalkan dalam mana-mana serbuan yang dijalankan dan serbuan hanya akan dilakukan jika terdapat aduan.
“Jika tiada aduan, maka kami tidak akan datang. Jika ada aduan, maka pihak berkuasa agama kami perlu bertindak.
“Apabila kami datang ke hotel dan melihat bahawa kereta orang itu diletakkan di luar, kita tahu tanpa keraguan bahawa pasangan itu berada dalam bilik.
“Kami akan mengetuk pintu dan beri salam ‘Assalamualaikum’ sebanyak tiga kali. Cukup masa untuk tutup aurat,” katanya.
Menurutnya, Jawi akan tetap menyerbu mana-mana bilik pasangan yang enggan memberi kerjasama dan ini juga termasuk kepada pasangan yang telah diberikan arahan untuk menutup aurat terlebih dahulu.
“Hanya apabila tiada jawapan, walaupun kami tahu ada orang di dalam bilik, pegawai agama akan mendapatkan kunci daripada pihak hotel.
“Jika jawapan suami ‘saya dengan isteri saya dan saya tidak membenarkan anda untuk masuk’, maka secara semulajadi kami akan meminta bukti bahawa wanita itu adalah isterinya yang sah.
“Jika dia boleh menunjukkan bukti, maka tiada tindakan. Jika dia tidak boleh tunjukkan bukti, itulah apabila kita mengambil tindakan,” katanya.
Dalam kes pasangan suami isteri ditangkap berkhalwat, peguam pasangan itu mendakwa, walaupun Mohd Ridhuan Giman, 34, memberitahu pegawai agama isterinya, Siti Sarah, 26, tidak berpakaian lengkap, seorang pegawai lelaki tetap meluru masuk ke dalam bilik lalu mengambil gambar.
Menurut laporan FMT pada 17 Februari lalu, anggota JAIS yang terlibat dalam serbuan itu juga dikatakan merakam video pasangan itu, selain berlaku sedikit pergelutan sehingga menyebabkan Mohd Ridhuan Giman cedera di bahagian leher.
Bagaimanapun, Hairul berkata, keadaan itu tidak mungkin berlaku.
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa kita mengetuk pintu dan berkata Assalamualaikum sebanyak tiga kali,” katanya yang turut menjelaskan ketika itu sudah tentu ada masa yang mencukupi bagi wanita itu untuk menutup aurat dia.
Malah, beliau juga turut medakwa apa yang dilaporkan oleh berita adalah tidak tepat kerana kebanyakan berita telah disensasikan bagi menarik pembaca.
“Apabila pihak berkuasa agama melakukan sesuatu yang salah, maka ia dengan cepat mereka tanpa pengesahan lanjut kerana jenis berita itu yang orang hendak baca,” katanya. -Kedahnews.com