Kit Siang Kata Takkan Tutup Felda Jika DAP Berkuasa Di Malaysia


ALOR SETAR – Pakatan Harapan yang diketuai DAP memberi jaminan bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan ditamatkan operasi sekiranya pakatan pembangkang ditakdirkan untuk menguasai Malaysia.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa, Pakatan Harapan akan memperkukuhkan lagi Felda bagi menjamin masa depan yang lebih cerah sekiranya pemerintahan negara jatuh ke tangan mereka pada pasca pilihan raya umum akan datang.

"DAP tidak mahu Felda ditutup tetapi sebaliknya, kita mahu satu program khas untuk mengukuhkan Felda supaya peneroka Felda dan generasi baru di Felda mendapat keadilan dan kemakmuran di Malaysia," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurut pemimpin veteran DAP tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya mengamalkan tiga "pembohongan besar ala Nazi" dan ia turut mempengaruhi pentadbiran dalaman Felda.

Antara tiga "pembohongan besar ala Nazi" yang dimaksudkan Kit Siang itu adalah Perdana Menteri mengamalkan politik perkauman, kebencian dan pembohongan yang kini menjangkau satu tahap yang baru.

Kit Siang berkata demikian ketika berucap dalam satu acara pengumpulan dana untuk aktivis Parti Amanah Negara (PAN), Mazlan Aliman yang sebelum ini tewas disama Felda dalam satu kes membabitkan fitnah dan diperintah mahkamah untuk membayar tuntutan saman itu.

Mazlan dituntut agar membayar sejumlah  RM350,000 ekoran saman fitnah yang dikenakan terhadap beliau. -Kedahnews.com