Kit Siang Pertikai Kemampuan PAS Pertahan Kelantan Tanpa Nik Aziz


KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan PAS bahawa parti itu sudah ketiadaan Murysidul Am yang popular iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru, kata Kit Siang, PAS yang kononnnya menyasarkan menang di lima negeri sebenarnya sedang berhadapan isu sama ada parti itu mampu kekal berkuasa di Kelantan.

“Isu yang sedang melanda PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sama ada mereka mampu mengekalkan Kerajaan Kelantan memandangkan tiada lagi Mursyidul Am PAS yang popular dalam parti itu,” sindirnya dalam satu kenyataan semalam.

Kit Siang seterusnya berkata, dalam sejarah PRU Malaysia, PAS paling banyak memenangi 13 kerusi tanpa kerjasama parti lain iaitu pada tahun 1959.

Kata beliau, PAS hanya berjauya memenangi lebih kerusi apabila mendapat kerjasama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, tegas beliau, PAS paling hebat pun sekadar boleh memenangi 30 kerusi dalam PRU14. -Kedahnews.com