ALOR SETAR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai tidak kisah tentang siapa saja yang bakal terpilih sebagai calon Perdana Menteri dari parti pembangkang asalkan individu itu sedia mengikut rentak kemahuan DAP.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, calon Perdana Menteri dari parti-parti pembangkang haruslah mengikut segala telunjuknya dan perlu taat setia menjadi proksi kepada Kit Siang dan parti tersebut.
“Bagi Kit Siang, tidak kisah siapa yang jadi Perdana Menteri kerana yang penting perlu mengikut telunjuknya atau dalam erti kata lain siapa yang jadi Perdana Menteri, akan jadi proksi.
“Perdana Menteri proksi ini diletakkan di hadapan, menjadi patung kepada pemain utama di belakangnya. Kit Siang bukannya bodoh, DAP merupakan parti dengan jumlah kerusi Parlimen terbanyak, takkan mahu beri kuasa kepada parti lain, beliau boleh manipulasi,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pakatan “Ali Baba” kerana gagal untuk menamakan calon Perdana Menteri.
Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya turut bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri kerana sejak 10 tahun lalu, pakatan pembangkang hanya mampu menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dipenjarakkan sebagai calon Perdana Menteri.
“Boleh dikatakan parti pembangkang di negara ini dilihat melonjak naik berbanding 10 tahun sebelumnya. Adakah 10 tahun tidak cukup untuk mereka menamakan calon Perdana Menteri, selain mengulangi nama Anwar?
“Jelas pihak pembangkang belum bersedia. Kita menjangkakan mereka akan berbalah sepanjang jalan ke Putrajaya yang mana setiap mereka akan mempunyai hala tuju sendiri,” jelasnya.-Kedahnews.com