ALOR SETAR - Rata-rata netizen ramai yang kenal dengan personaliti pasangan Johan dan Ozlynn yang boleh dikatakan sebagai "gila-gila" walaupun mereka sudah lama mendirikan rumah tangga.
Walau sudah lama berumah tangga dan mempunyai anak, namun itu bukanlah alasan untuk mereka kurangkan rasa romantik di antara satu sama lain.
Baru-baru ini Ozlynn ada memuat naik gambar screenshot mendedahkan tentang perbualan dia dengan suaminya.
Malah dalam posting berkenaan, Ozlynn juga sempat memberi tips berguna buat suami dan bakal suami diluar sana.
"Memula text nak belikan nasik lemak jek.. pastu melalut ke lain org tua nih… gaduh?? Uishhh ada.. dh nama laki bini.. sedangkan lidah sendiri boleh tergigit apatah lagi lidah asing2.. tp shuben aku ada cara dia nak memujuk.. gaduh x lama.. ktorg panggil “satu waktu” ja.. pastu baik balik.. weh isteri mane x seronok kalau laki tetibe dok msg nyakat2 romantik.. betul..
"Buat kaum adam jgn penah putuskan gaya masa bercinta tuh walaupon bini ko dh beranak pinak.. baru la isteri ko rasa semangat.. semangat nak masak memcm utk ko.. berdandan utk ko.. ah apa saja la utk ko yg bernama “suami” .. sb isteri terasa yg suami masih bernafsu kt dia.. cer korg buat derk jek.. balik pon x bg salam.. masok umah pon trus campak brg.. masok bilik n main fon.. isteri ko pon makin runsing n makin serabai sb terasa diri terabai..
"Cer bg semangat sikit kt isteri.. penat ye jd surirumah, samada bekerja atau sepenuh masa kt umah.. jgn pandang remeh.. jd sesekali hiburkan lah isteri korg dgn usikan manja utk kembalikan semangat mcm zaman bercinta dulu ok.. dh mama nak bersiap.. papa ko dh nak balik tuh", tulis Ozlynn di instagram miliknya.
Difahamkan bahawa Johan sememangnya merupakan seorang ayah dan suami yang penyayang, malah pernah dilabelkan sebagai suami yang terlalu manjakan isteri.
Menurut Johan, Ozlynn adalah seorang wanita yang setia dan baik kerana sanggup hidup susah dengannya walaupun ketika Johan belum bergelar artis dan hanya menjual otak-otak. - Kedahnews.com