BUKAN mudah berjumpa dengan orang yang jujur mahu mengaku salah memohon maaf, apatah lagi apabila kesalahan itu sudah pun dilakukan bertahun-tahun lama.
Demikian yang terjadi kepada pihak KTM Berhad hari ini, apabila dikejutkan dengan satu surat jujur beserta sekeping not RM5 dari seorang individu tidak dikenali yang mahu membayar hutang tambangnya pada tahun 2001.
Merasakan ia memang satu amalan terpuji, syarikat pengangkutan awam rel kebangsaan itu lantas memuat naik gambar surat berkenaan dengan ucapan terima kasih.
Menerusi surat tulisan tangan yang dikirimkan kepada KTM Berhad itu, individu tersebut menyatakan dia bersama rakan menaiki komuter namun turun di stesen tidak sepatutnya yang memerlukannya bayar tambahan lagi RM1.
“Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).
“Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.
“RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya.” tulisnya.
Siapa sangka, hutang 16 tahun lalu sejumlah RM1 pun penulis ini masih ingat. Sesungguhnya, manusia ini benar-benar jujur. – Kedahnews.com