IPOH - Laluan sehala di dua lokasi tumpuan utama di Pekan Brinchang dekat Cameron Highlands akan dilaksanakan di peringkat percubaan selama sebulan mulai 17 Mac hingga 16 April ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata lokasi tersebut membabitkan laluan bermula dari Kilometer 64 hadapan Hotel Iris menuju ke Pekan Brinchang dan Kilometer 65 berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menuju ke Tanah Rata.
"Laluan itu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada musim cuti.
"Sekiranya laluan di peringkat percubaan ini berkesan, maka ia akan diteruskan mulai 17 April sampai bila-bila," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Sebaliknya, kata beliau, jika alternatif itu tidak berkesan, polis bersama jabatan kerajaan yang berkenaan akan mencari kaedah lain, misalnya memperbanyakkan lot parkir.
Dalam pada itu, Hasadid meminta pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar lalu lintas berjalan lancar.
"Pengguna perlu mematuhi papan tanda lalu lintas, tidak melakukan halangan lalu lintas (parkir di kawasan larangan) dan mematuhi arahan pegawai penguat kuasa yang bertugas di lapangan," katanya. - Bernama