Penduduk menunjukkan lantai gelanggang futsal di Bandar Baru Pokok Sena semakin rosak hingga membahayakan pengguna. |
POKOK SENA - Keadaan gelanggang futsal di Bandar Baru Pokok Sena yang rosak dan berlopak membahayakan pengguna yang menjalankan aktiviti riadah di situ.
Mohd Faiz Azman, 22, berkata, keadaan gelanggang yang sudah berusia hampir 10 tahun itu dikatakan semakin rosak hingga menyebabkan permukaan lantainya sudah tidak rata.
Menurutnya, lantai gelanggang licin kerana pasir lantai itu mula terhakis hingga menyebabkan ramai di kalangan mereka yang bermain di situ sering terjatuh.
"Selalu sebelum main kami bersihkan dulu lantai gelanggang ini, tapi tak beri kesan sangat sebab lantai ini sudah rosak teruk.
"Bila hujan, mana-mana lantai yang sudah rosak ini akan menakung air. Kalau tak diselenggarakan segera, sukar untuk kami bermain di sini," katanya.
Mohd Faiz berkata, gelanggang itu bukan sahaja digunakan penduduk setempat, tetapi turut dikunjungi remaja berdekatan.
“Oleh itu tidak hairanlah setiap tahun beberapa kejohanan futsal sering diadakan di situ kerana sambutannya yang menggalakkan dari kalangan peminat futsal di daerah ini.
"Bagaimanapun keadaan gelanggang futsal itu yang semakin tidak terurus menyebabkan ramai di kalangan pemain bimbang dengan keselamatan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihak pengurusan juga perlu sentiasa membuka tandas setiap waktu bagi memudahkan mereka yang bermain untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Sementara itu, penyelenggara gelanggang, Hafizul Harun berkata, masalah gelanggang itu sudah pun dimaklumkan kepada pihak berkenaan sejak tahun lalu.
"Pihak kami menyedari dengan masalah gelanggang itu yang semakin berlopak hingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna.
"Mengenai tandas pula, kami terpaksa tutup kerana sering dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Pihak kami hanya membukanya jika ada pertandingan atau aktiviti di gelanggang itu untuk orang ramai," katanya.
Sumber: Sinar Harian