Lelaki Di P. Pinang Merana 12 Jam Cincin Tersangkut Pada Zakar


GEORGE TOWN - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama 12 jam selepas sebentuk cincin logam tersangkut pada kemaluannya.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu meminta bantuan perubatan selepas dia gagal untuk mengeluarkan cincin berkenaan.

MELEKAT... Cincin bearing yang terlekat pada kemaluan lelaki ini.  -foto; BERNAMA
Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan cincin itu di hospital pada kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata pihaknya berjaya mengeluarkan cincin dalam masa 10 minit dan mangsa dilaporkan stabil.

Sumber: mStar