DUBAI – Polis menahan seorang lelaki semalam, selepas rakaman video dia memberi makan kucing kepada dua anjing tersebar.
Video mengerikan itu menunjukkan lelaki berkenaan memberi kucing untuk dimakan dua anjingnya dipercayai jenis rottweilers, dengan alasan sebagai hukuman kerana kucing itu menyerang burung merpati dan ayam di ladangnya.
Kejadian itu mengundang kemarahan pertubuhan kebajikan haiwan dan pengguna sosial media selepas video berkenaan tersebar.
Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Dubai, Mejar Jeneral Khalil Ebrahim Al Mansouri, menganggap kejadian itu sebagai ‘perlakuan kejam dan pelik dalam masyarakat’.
Lelaki berkenaan menjadi orang pertama didakwa mengikut akta baru kebajikan haiwan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang digubal tahun lalu, membawa hukuman sehingga setahun penjara atau denda antara 50,000 dirham (RM60,572) hingga 200,000 dirham (RM242,288).
Doktor Manal Al Mansouri dari Kumpulan Kebajikan Haiwan UAE, berkata tindakan lelaki itu adalah pembunuhan tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan.
“Lelaki itu tidak sepatutnya menyalahkan kucing dengan kematian merpati dan ayamnya kerana haiwan itu mengikut lumrahnya sebagai kucing. Dia yang patut disalahkan kerana gagal menjaga ladangnya dengan baik,” katanya. – Agensi