PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Wakil tetap Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan lelaki yang dibunuh di Malaysia adalah abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Malah kata Kim In-ryong, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan patut dipersalahkan di atas pembunuhan itu.
Bercakap kepada media pada Isnin, In-ryong berkata, kes pembunuhan itu adalah "produk kepada langkah melulu pihak berkuasa AS dan Korea Selatan yang bertujuan untuk mencemar imej dan maruah" Korea Utara serta "meruntuhkan sistem sosialis".
In-ryong berkata demikian pada sidang media berhubung pembunuhan itu bagi mengecam kenyataan Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini yang mengutuk ujian peluru berpandu Korea Utara sebagai mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Bagaimanapun, beliau mengakui lelaki yang diracun sehingga maut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) adalah warganegara Korea Utara yang memegang pasport diplomatik.
"Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Korea Selatan menyalahkan Korea Utara dengan menegaskan bahawa lelaki itu diracun menggunakan agen saraf VX," kata In-ryong yang merujuk kepada mangsa yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai Kim Jong-nam, abang tiri kepada Jong-un.
Duta itu berkata, Washington mahu mengumpul sokongan antarabangsa menentang Korea Utara bagi mencetuskan perang nuklear dengan apa cara pun.
Beliau mempersoalkan dari mana dua penyerang Jong-nam memperoleh agen saraf berbahaya terlarang itu, sambil merujuk kepada AS memiliki "simpanan" kepada senjata haram itu.
In-ryong turut memberitahu bahawa penegasan AS dan Korea Selatan bahawa kedua-dua penyerang tidak mendapat kesan apabila menggunakan VX ke atas mangsa sebagai "tidak masuk akal". - Bernama