LANGKAWI – Perkembangan teknologi pertahanan terkini mewajarkan Malaysia menilai semula keupayaan sistem pertahanannya bagi tujuan pemantapan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Titah baginda, keupayaan menyeluruh mencakupi pelbagai dimensi penugasan termasuk kesedaran medan tempur, teknologi maklumat dan peperangan siber akan meletakkan Malaysia setanding negara maju.
“Pameran Aeroangkasa dan Maritim 2017 edisi ke-14 (LIMA’17) yang bermula Selasa hingga Sabtu ini boleh dijadikan ukuran dan perbandingan kekuatan serta keupayaan (pertahanan) kita dengan negara lain.
“Justeru LIMA’17 adalah medan terbaik untuk kita memilih sistem persenjataan yang sesuai dengan keperluan negara,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengunjungi LIMA 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, di sini semalam.
Turut berangkat ke pameran itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua. Keluarga Diraja itu menghabiskan lebih lima jam melihat pameran dan pertunjukan udara
Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mempersembahkan taklimat mengenai LIMA’17 kepada baginda berdua.
Baginda bertitah peralatan canggih dan moden merupakan keperluan penting sistem pertahanan sesebuah negara khususnya untuk meningkatkan keberkesanan ISR&T (Risikan, Pemantauan, Tinjauan & Penyasaran).
“Dalam konteks ini, aset-aset seperti pesawat udara tanpa pemandu (UAV), dron, radar dan sistem kedudukaan global (GPS) amat perlu bagi memastikan sesuatu operasi mencapai kejayaan yang hasratkan.
“Penguasaan teknologi maklumat dalam peperangan siber pula adalah kemestian bagi angkatan tentera mana-mana negara dan Malaysia harus bergerak seiring dengan perkembangan semasa supaya di hormati,” titath baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah operasi bantuan bencana dan kemanusiaan menuntut ketiga-tiga perkhidmatan tentera darat, laut dan udara memiliki aset yang berupaya melaksanakan misi dengan berkesan. – BERNAMA