LANGKAWI – Pesawat tentera keempat dan terakhir Airbus A400M secara rasmi diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh syarikat Airbus semalam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima pesawat A400M itu daripada Ketua Pesawat Tentera, Airbus Defence and Space, Fernando Alonso dalam acara sampingan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA’17) di sini.
Turut hadir, Panglima TUDM Jen Datuk Seri Affendi Buang.
Menurut Affendi, pesawat A400M itu mampu memastikan TUDM berada pada kedudukan terbaik untuk bertindak dan menjalankan pelbagai operasi ketenteraan dan kemanusiaan di Malaysia dan rantau ASEAN.
“Kami sangat bangga untuk menerima pesawat keempat A400M yang dilengkapi kemampuan taktikal terkini,” katanya.
Malaysia adalah negara pertama di luar Eropah yang menjadi pelanggan eksport A400M.
Pesawat pertama A400M TUDM diserahkan kepada Malaysia pada 2015 dan telah melakukan penerbangan lintas hormat khas sempena pembukaan LIMA’15.
LIMA’17, iaitu edisi ke-14 pameran itu sejak ia mula diadakan pada 1991, berlangsung dari 21 hingga 25 Mac ini.
Ia berjaya mengumpulkan 520 syarikat dari 35 negara yang mewakili lebih 55 peratus daripada 100 syarikat maritim dan udara terkemuka dunia.
Lebih daripada 300 delegasi pertahanan dan keselamatan hadir untuk LIMA’17 selain 55 kapal perang dan bot serta 106 pesawat yang dipamerkan. – BERNAMA