PUTRAJAYA – Isu jet pejuang Rafale Perancis dibangkitkan dalam perbincangan Malaysia dan Perancis di pusat pentadbiran negara di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mengkaji kemungkinan menjalinkan perjanjian dengan Perancis tetapi ia belum bersedia membuat sebarang keputusan.
“Kami mengambil perhatian tentang kejayaan (Rafale) anda di beberapa negara dan kemungkinan pesawat sedemikian menjadi subjek kerjasama dengan negara-negara berkenaan juga,” katanya dalam sidang berita bersama Presiden Perancis Francois Hollande di sini, hari ini.
Hollande tiba semalam untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia.
Hollande berkata Perancis akan memberikan sokongan sewajarnya kepada Malaysia berhubung dengan jet Rafale, yang dihasilkan oleh Dassault Aviation SA.
“Saya tahu anda akan membuat keputusan dan berdasarkan itu, kami ingin memberikan sokongan yang sewajarnya.
“Menteri-menteri kita sudah pun berusaha bagi tujuan itu, apa yang ingin saya nyatakan adalah Rafale merupakan jet terbaik dalam kategorinya. Kami cadangkan supaya dibincangkan harga dan spesifikasinya,” kata beliau menerusi seorang penterjemah.
Sementara itu, Najib berkata kedua-dua pemimpin juga membincangkan mengenai keperluan untuk bekerjasama dengan rapat bagi memerangi militan, ekstremisme dan keganasan global.
“Saya juga berkongsi dengan Hollande tentang pengalaman dan beberapa cabaran yang telah kami hadapi. Kita bersetuju yang kita perlu bekerjasama,” katanya.
Najib berkata beliau turut menyerahkan salinan modul deradikalisasi bagi memerangi ekstremisme, yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia dengan nisbah kejayaan kira-kira 95 peratus, kepada Hollande.
“Saya berharap ini boleh menjadi sumbangan kami selain daripada pusat pemesejan digital kami serta menyederhanakan pergerakan global.
“Kami percaya kesederhanaan adalah prinsip utama untuk diterima pakai dan ia akan menjadi jawapan kami kepada pengaruh militan dan ekstremisme yang semakin menular,” kata beliau. - Bernama