Malaysia Tidak Pernah Terlibat Serang Yemen - Kementerian Pertahanan


KUALA LUMPUR – Malaysia tidak pernah terlibat atau bersekongkol dengan mana-mana operasi, negara atau angkatan bersekutu untuk menyerang Yemen, kata Kementerian Pertahanan.

Ia berkata tujuan utama atau ‘sole purpose’ Angkatan Tentera Malaysia berada di Arab Saudi adalah untuk bersiap sedia membantu dalam misi evakuasi baki rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen.

Perkara ini terkandung dalam jawapan bertulis kementerian di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia sebagai menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) yang mahu kementerian menjelaskan dakwaan Malaysia bersekongkol dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan negara lain menyerang Yemen yang mengorbankan nyawa orang awam. – BERNAMA