KUALA LUMPUR – Meraikan ulang tahun keempatnya, Malindo Air menawarkan kadar tambang menarik melalui kempen ‘4 Tahun Kecemerlangan’ bagi penerbangan ke destinasi domestik, berlepas sama ada dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Kadar tambang eksklusif itu bermula dari serendah RM69 untuk perjalanan sehala termasuk semua bagi kelas ekonomi dari KLIA atau RM99 sehala termasuk semua bagi kelas ekonomi dari Lapangan Terbang Subang ke destinasi seperti Johor Bahru, Langkawi, Pulau Pinang, Kota Bharu dan banyak lagi, menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan semalam.
Tempoh jualan bermula dari 22 Mac dan berakhir pada 26 Mac 2017 untuk perjalanan antara 1 April 2017 hingga 31 Januari 2018.
“Ini satu lagi peluang baik untuk pelancong tempatan dan antarabangsa dari segi hubungan dan kadar tambang yang mampu dimiliki untuk meneroka Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy.
Sementara itu, Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) memilih Malindo Air sebagai syarikat penerbangan paling pesat berkembang di Asia, dan memenangi anugerah sebagai Syarikat Penerbangan Serantau Asia Pasifik Tahunan 2016 CAPA baru-baru ini.
Sebelum ini, ia telah dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik (Penumpang) pada Anugerah KLIA 2014 dan Syarikat Penerbangan Terkemuka 2015 oleh Travelport.
Hari ini, syarikat penerbangan tersebut mengendalikan lebih 800 penerbangan setiap minggu di rangkaian yang terus berkembang dengan hampir 50 laluan.
Bagi tempahan dan pertanyaan, layari www.malindoair.com. – BERNAMA