MADINAH – Kerja membaik pulih dan meluaskan Masjid Sayyid al-Syuhada berhampiran Bukit Uhud di sini sudah hampir siap.
Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam wilayah Madinah, Mohammed Abuhumaid berkata, masjid yang boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa itu akan dibuka semula sebelum Ramadan ini.
“Kira-kira 95 peratus kerja terhadap projek itu sudah siap. Yang masih dilakukan ialah pemasangan lampu dan sistem bunyi serta kerja elektrik lain,” kata Abuhumaid.
Menurutnya, projek di kawasan seluas 8,000 meter persegi itu menelan belanja SR42 juta (RM50 juta).
“Kami memasang sistem bunyi paling canggih di Masjid Sayyid al-Syuhada. Kompleks masjid juga termasuk kediaman imam dan bilal selain dilengkapi bilik air canggih, sebahagiannya direka untuk kegunaan orang kurang upaya,” katanya.
Masjid berkenaan terletak di tengah-tengah kawasan Sayyid Al-Shuhada di Bukit Uhud, tempat berlakunya peperangan antara paling penting dalam sejarah Islam.
Dengan rekaannya yang menggabungkan seni tradisional dan moden, Abuhumaid berkata, Masjid Sayyid al-Syuhada akan menjadi mercu tanda unik Islam di Madinah. – Agensi