Gambar kemalangan yang dipercayai melibatkan Datuk Joseph Entulu Belaun tersebar di media sosial. Foto Facebook |
MIRI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan melawat saudaranya yang meninggal dunia, di KM88 Jalan Sibu-Bintulu kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu.
Entulu, 63, yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.
"Kenderaan itu tiba-tiba tergelincir dan tidak dapat dikawal lalu berpusing dan akhirnya melanggar pokok kelapa sawit yang berhampiran," katanya ketika dihubungi petang Ahad.
Entulu berkata, sewaktu kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan renyai-renyai.
"Saya mengalami kesukaran bernafas selepas keluar dari kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian, kemudian membantu membawanya serta isteri ke Klinik Kesihatan Tatau.
"Tiada kecederaan serius, cuma sakit badan manakala isteri agak trauma akibat kemalangan tersebut," katanya sambil menjelaskan kenderaan miliknya itu remuk di bahagian hadapan serta tepi.
Beliau yang kini sudah berada di Kuala Lumpur menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan.
Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Entulu menjadi tular dalam media sosial pada Ahad menyebabkan timbul spekulasi mendakwanya terlibat dalam kemalangan serius. - Bernama
Entulu, 63, yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.
"Kenderaan itu tiba-tiba tergelincir dan tidak dapat dikawal lalu berpusing dan akhirnya melanggar pokok kelapa sawit yang berhampiran," katanya ketika dihubungi petang Ahad.
Datuk Joseph Entulu Belaun |