Antara GRO yang ditahan semasa serbuah pihak berkuasa. |
KUALA LUMPUR - Pasukan penguatkuasa berjaya mematahkan satu sindiket 'mini kasino' dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis di ibu negara.
Dalam serbuan itu, pelanggan bukan sahaja ditemui berjudi secara terbuka menggunakan mesin judi tetapi pihak berkuasa berjaya merungkai aktiviti pendatang haram yang bekerja di premis tersebut dan menawarkan 'perkhidmatan tambahan'.
Operasi mengejut itu menyebabkan 'pegawai pelayan pelanggan' (GRO) warga asing itu dipercayai dari China dan Vietnam menyembunyikan diri ke sebuah bilik rahsia di atas siling untuk mengelak dicekup.
Operasi yang diketuai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kompleks Elektronik Ace dekat kawasan pasar Pudu menemui mesin perjudian elektronik ala arked besar ditempatkan secara terbuka di tingkat pertama dan kedua bangunan tersebut.
Dalam satu tinjauan The Star, sesetengah pelanggan didapati sedang leka berjudi ketika pihak berkuasa menyerbu mini kasino itu.
Difahamkan pelanggan akan membeli token untuk berjudi menggunakan mesin dan menuntut wang hadiah dari kaunter berasingan.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Sharulnizam Ismail berkata pekerja asing wanita di permis itu dipercayai menawarkan khidmat pelacuran serendah RM70 bagi setiap sesi.
"Wanita tersebut cuba melarikan diri dengan bersembunyi di sebuah bilik di atas siling." katanya ketika ditemui selepas operasi pada Rabu.
Mohd Shahrulnizam berkata berdasarkan risikan yang dikumpulan pihaknya, mini kasino itu dibuka setiap hari sehingga lewat malam.
"Beberapa wanita warga asing juga akan meminta pelanggan untuk membawa mereka ke hotel murah berdekatan selepas berjudi," katanya.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menahan 61 individu melibatkan warganegara Vietnam, Bangladesh, China dan Myanmar kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peratuan Imigresen, Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) dan 56(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan (2002).
Sementara itu, Pengarah Pematuhan SSM, Rezy Izwan Ramly yang terlibat dalam operasi itu berkata pihaknya telah melakukan 29 operasi dan memeriksa 3,238 premis perniagaan di seluruh negara pada tahun lalu.
"Kita akan lihat sama ada perniagaan di sini didaftarkan manakala agensi lain akan meneliti aspek lain di bawah bidang kuasa mereka.
"Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof W Taib berkata 11 kes dilaporkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Sumber: mStar