ALOR SETAR - Penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen nekad untuk mencuba sedaya upaya menjaringkan lebih banyak gol untuk skuad Helang Merah bagi membantu pasukan kebanggaan anak-anak Kedah menjulang beberapa piala kejuaraan musim ini.
Pemain kelahiran Denmark berkata, dia telah memahami rentak permainan skuad Hijau Kuning dan sedia membantu setiap rakan seperjuanga untuk menjaringkan gol bagi memenuhi matlamat memberi tiga mata penuh setiap perlawanan.
Katanya, tiga mata penuh hasil dari kemenangan pasukan Kedah merupakan hadiah buat peminat setia Hijau Kuning dan Ketua Jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe.
"Misi setiap perlawanan adalah untuk menang dan saya tidak kisah sesiapa pun yang menjaringkan gol.
"Apa yang lebih penting kita menamatkan permainan itu dengan Kedah memperolehi tiga mata. Saya yakin kemampuan setiap pemain Kedah.
"Setakat ini saya dapat menjaringkan lima gol untuk Liga Super dan satu gol ketika aksi Piala FA. Saya yakin mampu mencapai tahap jaringan yang dapat memuaskan hati Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan juga ribuan peminat setia kita," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Mengulas mengenai prestasinya sebelum ini, Ilso Larsen mengakui dia mengalami kesukaran pada peringkat awal ketika beraksi bersama rakan penyerang, Sandr da Silva, di mana dia tidak mendapat hantaran bola sehingga menjejaskan tugasnya untuk menjaringkan gol.
Namun begitu, masalah tersebut telah berjaya diatasi, malah keserasiannya kini beraksi bersama Sandro membuahkan hasil yang baik apabila kedua-dua mereka masing-masing menjaringkan dua gol sekaligus menewaskan Melaka dengan jaringan 4-0, baru-baru ini.
"Keserasian dengan Sandro adalah faktor utama mengapa saya berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan Sabtu lalu dan kehadiran Liridon Krasniqi yang mengemudi bahagian tengah juga membuka peluang untuk memudahkan pergerakan.
"Saya yakin persefahaman dengan Sandro akan mencapai tahap yang lebih baik, apabila kami sudah difahami oleh semua rakan sepasukan lain, ia akan jadi lebih mudah.
Selain itu, Ilso Larsen turut meluahkan penghargaan tidak terhingga kepada seluruh peminat pasukan Hijau Kuning yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sedia membanjiri Stadium Darul Aman pada setiap kali pertarungan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang memenuhi Stadium Darul Aman dan memberi sokongan kepada kami sepanjang permainan," katanya yang akan membuat ramai peminat setia Kedah tersenyum bangga. - Kedahnews.com