ALOR SETAR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menjawab sindiran Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau membisu ketika bersemuka dengannya.
Menurut Nazri, beliau telah difahamkan oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman bahawa majlis yang dihadirinya adalah majlis santai jadi bagi menghormati majlis beliau tidak banyak bercakap.
Sementara itu, Nazri turut menegaskan kepada Mahathir bahawa jika mahu lihat sama ada beliau membisu atau tidak, maka Pengerusi PPBM itu perlulah tunggu sehingga 7 April nanti.
“Di majlis makan cendol itu, dia (Tun Mahathir) tak tanya apa-apa pun pada saya. Jadi saya diamlah sebab itu majlis kendalian mereka.
“Bukannya saya membisu kerana takut atau sebagainya. Lagipun Hamidah sudah beritahu tiada ucapan dan hanya santai sahaja. Jadi, saya fahamlah ini majlis dia dan tak mahulah saya bercakap. Nak tahu saya bisu atau tidak, tunggulah 7 April nanti,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut berharap agar tidak ada pihak yang cuba untuk membatalkan atau menangguhkan program wacana yang bakal berlangsung pada 7 April nanti.
“Kumpulan Media Karangkraf sudah anjurkan 46 wacana sebelum ini dan tidak ada alasan untuk polis tidak memberi izin mengadakan wacana itu,” katanya.
Disamping itu, Nazri sempat membidas kenyataan Mahathir yang sebelum ini menyatakan bahawa langsung tidak ada sebarang perubahan dan kurang pembangunan dibawa ke Padang Rengas ketika kawasan tersebut di bawah pimpinannya.
“Saya akan membawa pembangunan ikut keperluan dan mengambil kira latar belakang kawasan ini. Ini pekan kecil, takkanlah nak letak bangunan 30 tingkat di sini.
“Gilalah kalau macam itu. Saya belum gila lagi. Kalau saya gila mungkin saya buat,” katanya.-Kedahnews.com