Ngeri: Wanita Sarat Mengandung Digilis Lori, Bayi Terkeluar Dari Rahim


Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan di Saraburi, Thailand menemui ajal dalam satu insiden kemalangan tragik ketika membonceng suaminya sebelum digilis sebuah lori dua hari lalu.

Akibat digilis lori berkenaan, wanita itu maut serta merta di tempat kejadian dan tubuh badannya dilaporkan hancur dari bahagian kepala hingga ke bahagian pinggang.

Lebih mengerikan, janin bayi yang dikandungnya juga turut tercampak keluar dari rahimnya sejauh lima meter.


Memetik E-Berita, suaminya yang cedera parah di bahagian kaki dan dada turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Pemandu lori berusia 50 tahun itu kemudiannya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.


Dalam soal siasat, suspek, Wang Qing berkata motor mangsa terjatuh dan masuk ke bawah tayar lori bahagian belakang menyebabkannya dia tidak perasan telah menggilis pasangan tersebut. –Kedahnews.com