Ketiadaan stok menyebabkan Roszaimi terpaksa beli minyak masak di Sik. |
BALING - Kebanyakan peniaga dan pengguna di daerah ini mendakwa sukar mendapatkan bekalan minyak masak paket sejak beberapa bulan lalu.
Peniaga kuih, Fairos Hamid, 42, dari Kampung Pokok Machang berkata, keadaan itu berlaku kerana kebanyakan kedai runcit dan pasar raya mengehadkan pembelian minyak paket kepada pelanggan.
“Setiap pembelian dihadkan kepada dua paket saja dengan berat dua kilogram. Sebagai peniaga, memang saya rasa terbeban sebab minyak sebanyak itu tak cukup untuk goreng kuih.
“Jika tak dikawal kerajaan, memang peniaga akan lebih terbeban. Minyak masak bukan untuk kegunaan di kedai saja. Habis di rumah nak masak guna apa?,” katanya, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kesukaran mendapatkan bekalan berkemungkinan ada kaitan dengan kenaikan harga minyak masak paket tidak lama lagi.
“Biasanya kedai runcit dan pasar raya akan hadkan minyak masak sebab harga akan naik. Setakat ini memang ada ura-ura minyak masak paket akan naik harga. Minyak paket dijual pasar raya berharga RM2.50, jika naik tak tahulah berapa pula harganya,” katanya.
Menurut Wati Nor Sallem, 31, dari Kampung Tembak, sebuah pasar raya di Kuala Ketil kebiasaan mengehadkan pembelian minyak masak antara tiga hingga lima paket sahaja.
“Beli di pasar raya lebih murah berbanding kedai runcit, tapi mereka hadkan pembelian termasuk tepung. Jika beli di kedai runcit di kampung, tiada masalah stok, tapi harga mahal dengan beza 30 sen,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar daerah ini mengehadkan pembelian minyak paket kepada pelanggan.
Bagaimanapun, masih ada kedai runcit membenarkan pengguna membeli dalam kuantiti lima hingga 10 paket dalam satu-satu masa.
Peniaga kedai makan, Mohd Hafizi Zainon, 36, dari Pekan Kuala Ketil berkata, dia terpaksa membeli minyak masak paket setiap hari daripada pemborong bagi mengelakkan bekalan terputus.
“Setiap isi rumah hanya dibenarkan beli dua paket minyak masak sehari bagi kedai sama. Jika nak bekalan lebih, terpaksa minta ahli keluarga lain beli. Tapi cara itu amat meletihkan.
“Bagi mengelakkan bekalan di kedai terputus, saya terpaksa beli minyak masak dua kilogram setiap hari untuk simpan stok,” katanya.
Tambah Mohd Hafizi, keadaan bertambah sukar sekiranya pemborong kehabisan stok dan terpaksa beli minyak masak daripada kedai runcit yang menetapkan syarat tertentu.
Katanya, sesetengah kedai runcit hanya membenarkan pengguna membeli minyak masak sekiranya mereka turut membeli barangan lain dengan nilai RM50 ke atas.
“Kena beli barang lain berharga RM50 ke atas baru pengguna dibenarkan beli minyak masak paket,” katanya.
Bagi peniaga roti canai, Roszaimi Abd Ghani, 43, dari Padang Kulim, Kuala Ketil, dia kadangkala terpaksa membeli minyak paket dari luar Baling kerana kehabisan stok.
Menurutnya, peniaga kecil menjadikan minyak paket sebagai pilihan kerana lebih murah berbanding minyak dijual dalam botol.
“Kadang-kadang terpaksa beli minyak paket di Sik sebab di sini habis. Jika ada stok sekalipun, pelanggan tak boleh beli lebih daripada tiga paket,” katanya.
Guru, Haliza Md Tahir, 35, dari Kampung Tembak B berkata, minyak paket kebiasaan sukar diperoleh di pasar raya sekitar Kuala Ketil dan Pekan Baling.
“Hanya dua kilogram minyak masak dibenarkan. Ini berlaku sejak harga minyak masak dalam botol dinaikkan kerajaan tahun lalu,” katanya.
Mohd Nor Manas, 60, dari Kampung Charok Puteh Mukim Siong memaklumkan, kawasan Dun Bayu turut terjejas dengan kekurangan bekalan minyak masak paket.
“Di sekitar kawasan saya turut hadkan pembelian minyak paket. Hanya dua paket dibenarkan untuk setiap urus niaga,” katanya.
Sumber: Sinar Harian