ALOR SETAR - Pihak tertentu yang bertanggungjawab mencetus dan menyebarkan senarai palsu calon-calon Barisan Nasional (BN) negeri Kedah di aplikasi sosial baru-baru ini diminta tidak menggunakan fitnah sebagai propaganda politik mereka.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Datin Norhashimah Md Nowar berkata, taktik berkenaan bukan saja hanya memalukan, malah rakyat Kedah sendiri tidak akan dapat menerima budaya politik fitnah dihidangkan kepada mereka.
"Jika dilihat pada senarai tersebut, saya yakin semua orang dapat jangka dengan mudah ianya adalah senarai palsu dan tidak benar.
"Saya tidak fikir rakyat Kedah suka dengan taktik fitnah sebegini. Budaya fitnah politik sememangnya tidak mendapat tempat di hati orang Kedah," katanya kepada Kedahnews.com, di sini hari ini.
Norhashimah berkata, mereka yang mencipta dan menyebarkan propaganda berkenaan bukan saja telah melanggar prinsip akhlak mulia yang diterapkan dalam Islam, malah berdosa besar dengan menghalalkan cara demi memenuhi matlamat politik mereka.
Namun jelasnya, penyebaran senarai nama yang berbaur fitnah tersebut dilihat lebih cenderung kepada motif politik bagi merenggangkan hubungan antara para pimpinan UMNO dan BN di seluruh negeri ini.
"Jika umat Islam yang buat semua ni, saya harap mereka hentikanlah. Fitnah itu hukumnya berdosa besar. Bukan saja berdosa pada Allah, malah berdosa kepada seluruh pemimpin dan ahli UMNO di Kedah ini.
"Mereka sangka boleh menang pilihan raya dengan taktik fitnah sebegini? Sanggupkah mereka menang pilihan raya dengan menabur fitnah begini? Jangan rosakkan budaya pemikiran rakyat Kedah," katanya lagi mempersoal prinsip pihak terbabit.
Beliau yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sik itu turut mengaku bahawa beliau tidak pasti tentang dalang yang membuat angkara tersebut, namun tidak menolak kemungkinan propaganda berkenaan dicetus oleh pihak pembangkang di negeri ini.
"Saya pun tak pasti siapa sebenarnya yang mencipta senarai fitnah itu. Tapi saya tidak menolak ia datangnya dari pihak pembangkang. Setahu saya, orang UMNO di Kedah tidak ada yang berperangai begitu," tegasnya.
Baru-baru ini tersebar senarai cadangan nama-nama calon BN Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di aplikasi Whatsapp dan menimbulkan tular di kalangan rakyat, khususnya para penyokong UMNO.
Semalam, Pejabat Menteri Besar Kedah tampil menafikan ada mengeluarkan sebarang senarai nama calon bagi PRU ke-14 dan menegaskan tindakan tidak matang pihak tertentu itu sengaja dibuat untuk mencetus kekecohan politik di kalangan anggota BN di negeri ini.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam kenyataannya turut mendakwa senarai tersebut merupakan antara tindakan terdesak pihak tertentu yang kemaruk untuk berkuasa di negeri ini. -Kedahnews.com