PAN Sabah Puji DAP Lancar Sayap Wanita


KUALA LUMPUR – Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (PAN) Sabah mengucapkan syabas kepada DAP Sabah kerana melancarkan sayap Wanita DAP Sabah pada 19 Mac lalu.

Ketuanya, Sakinah Marsus berkata, Wanita PAN Sabah turut mengucapkan tahniah kepada Jannie Lasimbang atas pelantikan beliau sebagai Ketua Wanita DAP Sabah.

“Beliau pernah menjadi Pengerusi Bersih Sabah sekali gus menganjurkan Perhimpunan Bersih 4 sewaktu memimpin NGO tersebut.

“Wanita PAN Sabah yakin dan percaya bahawa wanita DAP akan dapat membawa perubahan yang besar dalam lanskap politik Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Sakinah berharap kerjasama antara wanita Pakatan Harapan Sabah dapat dipergiat dari semasa ke semasa. –Kedahnews.com