Muhajid (paling kiri) bersama kepimpinan PAN |
ALOR SETAR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sanggup menawarkan diri untuk berunding dengan penculik Pastor Raymond Koh yang dilapor hilang sejak 13 Februari lalu.
Katanya, jika benar faktor kebencian agama menjadi motif penculikan paderi berkenaan, maka Mujahid sanggup berbuat demikian bagi tujuan menjaga nama baik Islam di kalangan masyarakat di negara ini.
"Jika ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri," kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, memetik laporan FMT, hari ini.
Kata Mujahid lagi, beliau pelik sehingga kini penculik tersebut belum membuat sebarang tuntutan dan padanya tidak mustahil jika penculikan yang hangat diperkatakan itu mempunyai motif berkaitan kebencian agama.
"Tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang diminta penculik.
"Jika motif penculik kerana kebencian agama, ia amat malang bagi negara ini ia kerana menandakan unsur ekstremisme dan keganasan semakin berani menonjolkan dirinya dan mencabar ketenteraman awam," katanya lagi.
Pihak berkuasa sebelum ini meminta semua pihak supaya tidak mencetus sebarang spekulasi mengenai kes kehilangan Raymond.
Namun menurut Mujahid, paderi itu sebelum ini pernah menerima ancaman menerusi kiriman 2 peluru hidup pada 2011 dan mangsa dikaitkan dengan "usaha pemurtadan" melalui NGO Komuniti Harapan yang dipimpinnya.
Walau bagaimanapun, Mujahid mendakwa tiada bukti kepada tuduhan itu sehingga kini. -Kedahnews.com