SIK - Baru sahaja kematian ibu pada 2014, kini tiga kanak-kanak menjadi yatim piatu apabila ayah mereka pula maut disengat lebah pada 28 Januari lalu.
Difahamkan, ibu kandung kepada Muhammad Danish Fitri Mohd Hilmi, 9, Muhammad Danish Adha, 7, Danish Faris, 3 meninggal akibat penyakit Talasemia.
Ayah mereka, Mohd Helmi Mohd Nor, 34, kemudian berkahwin dengan isteri kedua, Nur Atikah Mat Zahar, 21, pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Mohd Danish Ashraf yang kini berusia 11 bulan.
Hanya Muhammad Danish Asraf dipelihara keluarga ibu kandung manakala tiga lain tinggal bersama Mohd Helmi dan Nur Atikah di rumah datuk mereka, Mohd Nor Ibrahim, 63,
Nur Atikah berkata, suaminya meninggal dunia selepas disengat lebah ketika mencari burung Murai di sebuah bukit.
"Suami disengat ratusan lebah dan meninggal dunia pada hari sama. Bila suami meninggal, anak-anak tak dapat ke sekolah seperti biasa kerana tiada siapa dapat hantar mereka.
“Kebetulan datuk mereka yang banyak membantu urusan persekolahan selama ini jatuh sakit Disember lalu akibat masalah barah hati,” katanya di sini, semalam.
Terdahulu, Pas Kawasan Sik yang menziarahi keluarga berkenaan, semalam dan turut menyampaikan bantuan wang tunai serta makanan.
Difahamkan, datuk mereka yang menanggung kesakitan dan terlantar di rumah sudah pun menghembuskan nafas terakhir Selasa lalu.
Atikah yang merupakan seorang suri rumah mengakui hilang punca pendapatan untuk membesarkan kesemua anaknya.
“Pendapatan keluarga sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada pekerjaan suami yang ambil upah kampung, tetapi sejak kematian suami urusan kami anak beranak dibantu sumbangan orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Sik, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, membantu saudara seagama ditimpa kesusahan adalah satu kewajipan dalam Islam.
“Dalam masa sama Pas Kawasan Sik akan sentiasa memantau keadaan keluarga ini. Kita akan adakan ziarah selepas ini untuk bantuan sepatutnya. Anak-anak yatim piatu ini wajar dipertimbangkan bantuan zakat,” katanya.
Untuk bantuan boleh menghubungi Nor Atikah di talian 013-5916456 atau salurkannya menerusi Bank Tabung Haji di nombor akaun 030601000220926.
Sumber: Sinar Harian