ALOR SETAR – PAS sekarang ini sedang giat mengatur strategi bagi memastikan pemimpin mereka tidak kehilangan kerusi dan tidak terus ghaib dalam kerajaan Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendedahkan perkara tersebut dan mengakui pihaknya telah merangka beberapa pelan tersendiri bagi memastikan PAS tidak tercicir.
“Kami sudah ada strategi kami sendiri untuk memenangi PRU depan. Apa yang penting adalah bagaimana kita (PAS) akan kekal dalam kerajaan Selangor selepas PRU nanti,” katanya memetik Sinar Online.
Namun begitu, Zuhdi bagaimanapun tidak mendedahkan rangka pelan dan strategi yang dimaksudkan dan tidak menamakan jumlah kerusi yang menjadi tumpuan parti Islam tersebut pada pilihan raya kelak.
Mengikut situasi semasa politik Selangor sekarang ini, PAS dilihat sedikit terumbang-ambing ekoran keengganan pucuk pimpinannya untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) pada PRU nanti. - Kedahnews.com