Pemain Terbaik Liga Super Februari 2017: Jom Undi Baddrol Bakhtiar


ALOR SETAR - Tonggak pasukan Helang Merah, Baddrol Bakhtiar terpilih sebagai salah seorang dari lima calon yang tersenarai sebagai Pemain Terbaik Liga Super bagi bulan Februari anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Lebih menarik lagi, penyarung jersi nombor 7 skuad kebanggaan anak-anak Kedah itu merupakan satu-satunya pemain tempatan yang dicalonkan bagi menerima anugerah berkenaan bulan ini.

Empat lagi pemain yang tersenarai sebagai calon bulan ini adalah pemain import Sarawak, Mark Hatmann, pemain import Pahang, Matheus Alves dan Mohamadou Sumareh dan pemain import The Red Warriors, Muhammad Ghaddar.

Anugerah Pemain Terbaik Liga Super itu diputuskan menerusi kaedah undian di mana pemain yang memperoleh undian terbanyak akan dinobatkan sebagai penyandang gelaran tersebut.


Justeru itu, para peminat skuad Hijau Kuning dijemput untuk memberikan undian masing-masing kepada Baddrol di laman web PFAM, sila klik di sini.

Undian anda amat berharga untuk memberikan suntikan semangat buat Baddrol yang semakin meningkat mutu permainannya dengan cubaan-cubaan bahaya yang mengancam pintu gol pasukan lawan.

Jom undi Baddrol Bakhtiar! - Kedahnews.com