KUALA NERANG - Pengeluaran madu di Kedah dikatakan semakin merosot hingga gagal menampung permintaan dari dalam dan luar negara.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Pusat Memproses Makanan (Madu) Fama, Abdullah Yahaya berkata, pengumpulan madu lebah dari hutan sekitar Padang Terap semakin berkurang sejak tahun lalu.
Menurutnya, Fama hanya mampu mengumpul sebanyak empat tan madu pada 2016, berbanding sembilan tan pada tahun sebelumnya.
“Dijangkakan pengumpulan madu lebah pada tahun ini akan semakin merosot apabila suku tahun pertama hanya mampu memperoleh 15 kilogram (kg) berbanding 200kg pada tahun lalu.
“Hasil madu ini diperoleh dari hutan di Pedu, Baling, Sik dan Gunung Jerai, selain pembekal dari Terengganu dan Perak. Bagaimanapun, 60 peratus sumber utama madu datang dari hutan Pedu yang lebih dikenali dengan nama madu tualang. Madu ini adalah yang terbaik di Malaysia kerana hutan Pedu mempunyai pelbagai jenis bunga," katanya.
Abdullah berkata, madu tualang, akasia dan kelulut dari hutan merupakan sumber alam terbaik untuk kesihatan manusia sebagai minuman tambahan.
Bagaimanapun katanya, bekalan madu semakin berkurang sejak akhir ini akibat iklim panas terlalu panjang hingga menjejaskan pengeluaran bunga.
Tambahnya, masalah itu semakin ketara apabila banyak pokok menjadi sarang lebah, turut ditebang.
"Sebelum ini negara mampu mengeksport madu hingga ke luar negara seperti Singapura dan Brunei, tapi kekurangan pengumpulan madu hari ini menyebabkan produk diguna untuk pasaran tempatan sahaja.
“Pelbagai faktor jejaskan pengeluaran madu menyebabkan jualan merosot sebanyak RM700,000 berbanding RM1.2 juta pada 2015. Kami menjangkakan pengeluaran madu terus merosot jika tiada langkah diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya.
Bagi pencari madu, Mohd Arman Ismail, 31, dari Kampung Baru, Padang Sanai, hasil pengumpulan madu sangat merosot pada tahun ini, jika dibandingkan dua tahun lalu.
Katanya, ketika itu dia bersama rakan mampu memperoleh sebanyak 200 hingga 250kg semalaman apabila mencari madu di sekitar Tasik Pedu.
“Sekarang kami hanya mampu memperoleh 11kg. Tak dapat nak jual ke pasaran seperti sebelum ini. Hasil madu yang kami peroleh itu hanya untuk simpanan sendiri bagi tujuan perubatan.
“Saya yakin harga madu lebah akan meningkat tahun ini dan berharap cuaca akan pulih. Bila banyak bunga dihasilkan, tentu lebah dapat menghasilkan sarang di sekitar kawasan itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian