Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Penunggang basikal tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti berbasikal berkumpulan di lebuh raya terutama laluan yang mempunyai tiga lorong.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kemalangan melibatkan penunggang basikal berikutan perbezaan kelajuan yang amat ketara antara basikal dan kenderaan lain.
“Kementerian Pengangkutan sentiasa tingkatkan kempen keselamatan jalan raya dan berusaha dengan agensi lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan penguat kuasa tempatan.
“Kami juga akan pastikan jalan raya yang sepatutnya untuk kenderaan bermotor lebih selamat dengan tidak membenarkan basikal, termasuk yang diubah suai, menggunakan laluan lebuh raya kerana laluan ini tiga lorong dan menyebabkan kenderaan laju serta meningkatkan risiko kemalangan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi mengurangkan risiko kemalangan penunggang basikal selepas insiden lapan remaja maut dilanggar di Johor Bahru, bulan lepas.
Beliau berkata sekiranya kumpulan berbasikal ingin menggunakan lebuh raya, mereka perlu mendapatkan permohonan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis untuk memantau keselamatan konvoi berkenaan.
Penunggang basikal juga hendaklah memakai pakaian keselamatan semasa menunggang manakala ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak mereka semasa menyertai aktiviti berbasikal.
Menjawab soalan asal Normala mengenai tindakan kepada pemandu kenderaan yang terlibat dengan kemalangan maut dan mengakibatkan kecederaan parah di Johor Bahru itu, Liow berkata polis sedang menyiasat kes tersebut.
“Sebarang tindakan undang-undang berhubung perkara ini akan diambil dengan sewajarnya oleh pihak polis dan Jabatan Peguam Negara berdasarkan siasatan yang dijalankan,” katanya. – BERNAMA