KUALA KETIL - Sekumpulan pemuda yang menjadikan sebuah pondok di Taman Desa Bidara, di sini, sebagai tempat melepaskan gian menimbulkan kebimbangan penduduk berdekatan.
Difahamkan kumpulan pemuda yang dipercayai penagih dadah melakukan aktiviti tidak bermoral itu sejak dua bulan lalu.
Wakil penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman berkata, beberapa tahun lalu mereka memilih taman permainan berhampiran sebagai port melepak, di mana ketika itu kawasan berkenaan tidak terurus dan ditumbuhi rumput panjang dan terbiar.
“Selepas E-Idaman ambil alih, sekitar taman sudah dibersihkan. Sejak itu, kumpulan terbabit dilihat berpindah ke ladang kelapa sawit bersebelahan sebelum memilih pondok itu,” katanya.
Menurutnya, mereka cuba mengaburi pandangan masyarakat dengan menutup aktiviti itu dengan menggunakan beberapa payung bagi mengelak dikesan.
“Selalu sangat saya lihat ada payung seolah-olah melindungi perbuatan mereka, jika tidak buat perkara tidak elok, kenapa perlu sorok. Penduduk takut untuk menegur, bimbang mereka bertindak di luar batasan.
“Boleh dikatakan setiap hari mereka ada, terutamanya waktu malam. Jika dibiarkan saya bimbang lebih ramai anak muda terpengaruh,” katanya.
Rahman berkata, penularan gejala dadah turut meningkatkan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi.
“Taman Desa Bidara dan Taman Insaniah selalu berlaku kes kecurian, malah barangan berharga termasuk motosikal pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) juga sudah beberapa kali dicuri.
“Kumpulan yang terjebak dengan dadah tidak boleh dibiarkan, mereka semakin melampau.
"Penduduk berharap pihak berwajib banteras aktiviti ini segera,” katanya.
Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Baling, Arnida Ishak berkata, penduduk yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat aduan kepada AADK Baling bagi tindakan lanjut.
“Belum ada sebarang maklumat diterima AADK Baling, pihak berkenaan boleh adukan kepada unit aduan,” katanya.
Sementara itu, Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof berkata, tahap pengawasan dan keselamatan taman perlu dipertingkatkan.
“Nak berkumpul tidak mengapa, tetapi kita bimbang ada perkara-perkara tidak sihat lain dilakukan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian