ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan kononnya parti itu akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pindaan bidang kuasa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini hanyalah satu andaian yang tidak tepat sama sekali.
"Kenyataan beliau (Tuan Ibrahim) tak berapa tepat," katanya ringkas.
Sementara itu, Muhyiddin menegaskan bahawa PPBM mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, perkara tersebut perlu diperjelaskan terlebih dahulu di Parlimen sebelum mereka menyatakan sokongan.
"Pendirian saya adalah kita nak lihat apakah keadaannya tapi ada sesetengah pihak yang mengandaikan bahawa kita telah setuju (sokong RUU 355).
"Macam mana kita nak setuju sebab kita sendiri pun belum jelas lagi," katanya.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, perkara tersebut sukar untuk diputuskan ekoran PAS masih belum dapat tentukan anggota parlimen sebenar yang akan membawa dan membahaskan usul RUU 355 di Parlimen kelak.
"Soal pokoknya sekarang yang saya sedang tunggu apakah Datuk Seri Hadi yang akan bawa perkara itu atau kerajaan sendiri yang akan bawa usul itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan semalam di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya.
Turut sama hadir adalah Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga merupakan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan mendakwa Muhyiddin dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama PAS telah menyatakan sokongannya terhadap isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU 355. – Kedahnews.com