Pyka Tular Dikatakan "Aiman Tino Versi Perempuan"


ALOR SETAR - Sejak beberapa minggu lalu, tular di media sosial tentang seorang gadis yang dikatakan memiliki wajah persis penyanyi, Aiman Tino.

Gadis tersebut dikenali sebagai Nur Syafiqah Abdul Rahman atau Pyka itu memberitahu dia tidak menyangka wajahnya disamakan dengan penyanyi muda yang terkenal dengan lagu berjudul 'Ku Rela Dibenci' itu yang pada mulanya dia agak terkejut.

"Ketika wajah saya viral tu, saya berada di kedai makan. Terkejut kerana tiba-tiba ramai kawan yang hubungi dan tidak kurang yang memberi mesej kepada saya, mengatakan wajah saya sudah banyak tersiar di media sosial.

"Kata mereka, dah jadi viral sebab wajah saya mirip Aiman Tino," katanya.


Gadis berusia 18 tahun ini berkata, pengikut di instagramnya telah meningkat kepada 18  ribu dari sebelumnya hanya 4 ribu setelah gambarnya menjadi viral sejak beberapa minggu lalu.

Pyka yang merupakan anak ketiga dari lima beradik itu tidak menyangka bahawa gambar yang dimuat naik ke akaun twitter itu telah mendapat banyak share dari netizen dan dikatanya sebagai 'Aiman Tino Versi Perempuan'.


"Tak sangka pula ada yang share lalu dikatakan sebagai ‘Aiman Tino Versi Perempuan’. Saya tak tahu nak cakap apa. Rasa kelakar pun ada juga. Yelah, wajah kita disamakan dengan selebriti. Lelaki pula tu," ujarnya lagi.

Malah, Pyka juga pernah diejek oleh netizen kerana wajahnya seiras lelaki, namun dengan sokongan keluarga dan kawan-kawan dia kini lebih bersikap terbuka.


Pyka yang kini hanya membantu ibunya berniaga di kedai Nasi Ayam Kak Mala di Temerloh, Pahang bersyukur setelah gambarnya menjadi viral, rezeki buat dirinya tidak putus apabila sering diminta untuk membuat IG Review sesuatu produk bagi peniagaan atas talian. - Kedahnews.com