Penduduk Kampung Nelayan berkumpul menunjukkan bekas digunakan untuk menadah air. |
BEDONG - Syarikat Air Darul Aman (Sada) diminta segera menyelesaikan gangguan bekalan air yang dialami penduduk kampung di kawasan Tanjung Dawai, sejak sebulan lalu.
Penduduk dari beberapa buah kampung berdekatan melahirkan kebimbangan terhadap masalah itu walaupun bekalan air sudah pun kembali pulih, baru-baru ini.
Amran Yahaya, 54, dari Kampung Nelayan berkata, pihaknya berharap bekalan air dapat dibekalkan secara konsisten selain mahu Sada menyediakan pelan penyelesaian yang berkesan.
“Kami mahu Sada selesaikan masalah gangguan bekalan air sepenuhnya tidak mengira musim panas atau kemarau di kawasan ini.
"Apabila isu ini dibangkitkan penduduk, pihak Sada hanya maklum akan baiki dan naik taraf, namun masalah tidak selesai juga,” katanya.
Menurutnya, penduduk sudah lali dengan jawapan yang diterima dan mereka tidak mahu lagi mendengar maklum balas di mana tiada jaminan masalah itu akan berakhir.
“Tiada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah bekalan air khususnya di Dun Tanjung Dawai, sehingga kini.
"Namun, faktor kekeruhan air sering dijadikan alasan setiap kali tiba musim panas atau kemarau,” katanya, kelmarin.
Penduduk terbeban
Amran yang hanya bekerja kampung berkata, penyelesaian sepenuhnya akan membantu penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan.
“Kami terbeban dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung setiap kali berlaku gangguan bekalan air.
"Bukan sahaja rutin harian terganggu, penduduk juga tertekan dengan kos perbelanjaan tambahan seperti membeli bekalan air mineral, upah dobi dan perbelanjaan membeli bekas takungan,” katanya.
Menurutnya, peniaga kecil yang memiliki warung juga terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mempunyai bekalan air.
"Walaupun alasan diberikan Sada memerlukan masa untuk kerja-kerja naik taraf loji rawatan air terlibat, pada masa sama Sada perlu mencari penyelesaian alternatif dalam tempoh terdekat.
“Contohnya, di Kampung Nelayan terdapat sebuah tangki air tetapi sudah lama rosak. Jika tangki itu dibaiki, ia membantu bekalan bagi tempoh seminggu dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air. Dapatlah penduduk membuat persediaan awal dan menjimatkan kos khususnya keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga ramai,” katanya.
Terpaksa tutup warung
Aminah Mohamed, dari Kampung Nelayan turut mengeluh kerana terpaksa menutup warung makanan gara-gara berlakunya gangguan bekalan air sejak hampir sebulan lalu.
“Saya berniaga laksa dan kuih-muih di hadapan rumah, kedai terpaksa ditutup sebab tiada bekalan air menyebabkan kehilangan pendapatan kira-kira RM200 sehari," katanya.
Suri rumah, Zakiah Dollah, 57, berkata, penduduk semakin menderita kerana terpaksa bersengkang mata sehingga awal pagi semata-mata untuk menadah air.
“Selain menunggu bekalan air dihantar lori, penduduk terpaksa menadah air dari meter air secara terus, bimbang bekalan air terputus bila-bila masa sahaja,” katanya.
Tambah menyedihkan, nasib penduduk seperti Basseri Abdullah, 68, yang bekerja sebagai nelayan dan mempunyai isteri yang lumpuh serta dua anak berusia dua dan lima tahun.
“Kadang-kadang kami bergantung ihsan jiran sebelah rumah untuk membantu menadah air, setiap kali lori air datang agihkan bekalan. Kalau jiran lupa ketika saya ke laut atau keluar urusan kerja, kami sekeluarga tidak dapat mandi pada esoknya,” katanya.
Tambahnya, ada masanya, dia terpaksa meminta ihsan air dengan membawa baldi ke rumah jiran berdekatan untuk memandikan isterinya.
Sementara, Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Sada, Rofedi Sulaiman berkata, punca berlakunya gangguan bekalan air di Dun Tanjung Dawai adalah disebabkan musim kemarau dan cuaca panas.
Menurutnya, ini menyebabkan air mentah dari Gunung Jerai juga berkurangan untuk diproses.
"Bekalan air mengalami kekurangan lapan liter sehari dari kadar biasa," katanya.
Bagaimanapun, Sada mengambil langkah alternatif dengan membekalkan air melalui lori tangki setiap hari kepada pengguna.
"Sebanyak lapan lori disediakan untuk tujuan mengagihkan air di kawasan terjejas secara berkala. Kita percaya bekalan air akan pulih dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian