Sha'arani (tiga, kiri) bersama pegawainya menunjukkan produk tembakau tiruan yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Gurun |
SUNGAI PETANI - Taktik mengaut keuntungan menggunakan cap dagangan tiruan, akhirnya dibongkarkan pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, dalam dua serbuan berasingan, pagi semalam.
Serbuan itu dijalankan ke atas dua premis iaitu rumah teras dua tingkat berdekatan Pekan Gurun, di sini, dijadikan sebagai pusat stor untuk pengedaran atau penjualan tembakau menggunakan cap dagangan tiruan tembakau berjenama.
Ketua cawangannya, Sha'arani Miskat berkata kegiatan itu berjaya dipatahkan susulan hasil serbuan dilakukan dua pasukan dengan kekuatan lapan anggota penguatkuasa yang masing-masing diketuai oleh pegawainya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Mohd Muhaidi Abd Rahman, setelah membuat risikan ke atas premis itu.
"Hasil serbuan ke atas premis berkenaan dilakukan pagi tadi (semalam) setelah, pihak kami menerima aduan daripada pemilik cap dagangan produk tembakau yang asli.
"Selepas semakan ke atas dokumen yang dimilik syarikat cap dagangan asli yang didaftarkan pada tahun 2011 yang beroperasi di Sungai Petani, pihak kami melakukan risikan dan serbuan ke atas premis terbabit dan berjaya merampas bungkusan tembakau tiruan bernilai RM32,000," katanya, pada sidang media, dipejabatnya, di sini, petang semalam.
Katanya, dalam serbuan di lokasi pertama membabitkan sebuah rumah, pihaknya berjaya merampas sejumlah 9,000 unit tembakau yang dianggarkan bernilai RM18,000.
"Manakala, lokasi kedua yang juga membabitkan sebuah rumah turut dirampas sebanyak 8,300 unit tembakau yang dianggarkan bernilai RM14,000,"katanya.
Selain rampasan barangan itu, Sha'arani berkata pihaknya turut berjaya menahan empat suspek antaranya mengaku pemilik dan juga pekerja berada di premis berkenaan bagi bantuan siasatan lanjut.
"Kesemua suspek lelaki tempatan berusia 40-an dan 60-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 8(2) (b) Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 atas kesalahan menjual barangan tiruan.
"Dua kertas siasatan berasingan dibuka dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya untuk tindakan selanjutnya.
"Jika sabit kesalahan, membabitkan orang perseoranganyang boleh membawa kepada hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap unit barang yang dirampas atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
“Manakala sekiranya didapati kesalahan membabitkan syarikat, denda sehingga RM15,000 bagi setiap unit barang rampasan akan dikenakan,”katanya.
Terdahulu, beliau berkata produk tiruan itu untuk edaran sekitar kawasan Gurun, Yan, Sungai Petani dan Alor Setar.
"Walaupun produk tiruan membabitkan tembakau adalah kes pertama kali diterima pihak kami di cawangan ini, KPDNKK memberi peringatan kepada peniaga atau pengedar atau supaya mematuhi undang-undang dalam menjalankan perniagaan.
"Pihak kementerian sentiasa memantau aktiviti penjualan dan pengedaran barangan tiruan melalui operasi berterusan dan juga menerusi aduan orang awam ataupun pemilik cap dagangan yang asli," katanya.
Sumber: Sinar Harian