JEDDAH - Lebih 300,000 ekor unta akan bersaing dalam pertandingan 'ratu cantik' unta yang diadakan di Arab Saudi pada hujung bulan ini untuk merebut hadiah bernilai 25 juta pound (RM136 juta).
Acara tersebut akan diadakan di Riyadh sempena Festival Tahunan Unta Raja Abdulaziz dan setiap haiwan perlu mematuhi peraturan yang ketat untuk memasuki pertandingan tersebut.
Antaranya, unta yang terlibat memiliki kecantikan semula jadi termasuk bulu kerinting, bulu mata panjang dan bonggol yang sempurna.
Jurucakap festival itu, Dr. Talal Al Torifi berkata, sebanyak lima kategori akan diadakan pada pertandingan itu mengikut baka dan warna unta.
"Paling penting, unta terbabit tidak boleh dihiasi oleh pemilik serta perlu memiliki kecantikan semula jadi," katanya.
Antara baka yang menjadi perhatian dalam pertandingan itu termasuk unta putih Al Wadah, unta hitam Al Majahateer dan unda merah Al Homor yang dianggap sebagai mamalia paling cantik bagi spesies tersebut.
Antara yang dinilai oleh juri dalam pertandingan itu termasuk bentuk kepala unta, bibir, panjang leher dan bonggol.
Dengan dihakimi jawatan kuasa terpilih, unta yang menang akan memiliki nilai yang tinggi di pasaran selain mempengaruhi harga pasaran unta dengan peningkatan sebanyak 70 peratus.
Festival berkenaan akan berlangsung pada 19 Mac sehingga 15 April depan.
Sumber: mStar