Mungkin kita menyangka sudah tidak timbul lagi kisah ‘perang mulut’ di antara pelakon, Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan, tapi rupa-rupanya masih ada lagi kesinambungan cerita mereka.
Namun Rita baru-baru ini menerusi satu temubual dengan sebuah majalah tempatan mendakwa Aidil langsung tidak mengambil tahu mengenai perihal anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 6 tahun.
“Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya.
“Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak.
“Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri.
“Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya,” kata aktres kelahiran Perlis itu.
Rita dan Aidil berkahwin pada 2010 namun disahkan bercerai pada 5 September 2013 selepas melalui pelbagai episod kontroversi melibatkan perkahwinan mereka.
Aidil kini bahagia dengan perkahwinan kedua dengan Zarema Zainal dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ayden Zeeyad, 2. –Kedahnews.com